Sahih Muslim [ Halaman 2 ]
Sahih Muslim [ Halaman 2 ]
Ancaman Bagi yang Meninggalkan Solat Jumaat
62. Dari Ibnu Umar r.a dan Abu Hurairah r.a :Keduanya mengkhabarkan bahawa mereka mendengar dari Rasulullah saw ketika Beliau sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya, “Hendaklah orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu ataukah mereka ingin Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” [0818]
Solat Tahiyatul Masjid
63. Dari Jabir bin Abdullah r.a, katanya : Sulaik Al-Ghathafani pernah datang ke (solat) Jumaat ketika Rasulullah saw sedang berkhutbah, lalu dia terus duduk. Maka bersabda Rasulullah saw kepadanya,
“Hai, Sulaik! Berdirilah lalu solatlah terlebih dahulu dengan singkat dua rakaat.” Kemudian Beliau (Nabi saw) menambahkan, “Apabila kamu datang ke (solat) Jumaat dan imam sedang berkhutbah maka solatlah lebih dahulu dengan singkat dua rakaat.” [0825]
Doa Ketika Mendapat Musibah
64. Dari Ummu Salamah r.anha : Rasulullah saw bersabda, “Tidak seorang pun di antara orang-orang Muslim yang ditimpa musibah lalu dibacanya apa yang diperintahkan Allah :
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
(Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nya lah kami kembali)
اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَاخْلُفْنِي خَيْرًا مِنْهَا
(Ya Allah, berilah aku pahala pada mushibahku, dan gantilah darinya dengan yang lebih baik),
Melainkan Allah menukar baginya dengan lebih baik. Ketika Abu Salamah meninggal, Ummu Salamah sering bertanya kepada dirinya sendiri, orang Muslim manakah lagi yang lebih baik daripada Abu Salamah (suaminya)?
Dia (Abu Salamah) orang yang pertama-tama hijrah kepada Rasulullah saw. Pertanyaan itu sering diulang-ulangnya. Lalu Allah menukar baginya dengan Rasulullah saw sendiri. Kata Ummu Salamah menceritakan, “Beliau (Nabi saw) mengutus Hathib bin Abu Balta’ah melamarku untuk Beliau sendiri (Diringkaskan).... [0865]
Penjelasan : Apabila ditimpa sesuatu musibah hendaklah kita mengamalkan doa ini. Kesannya, sesuatu musibah itu akan diganti dengan sesuatu yang lebih besar dan lebih baik dari apa yang dapat kita bayangkan.
Contohnya, Ummu Salamah bersedih kerana kehilangan suaminya yang diantara para sahabat yang berhijrah bersama Nabi saw, lalu Allah menggantikannya dengan seorang yang lebih hebat dari semua manusia, Nabi Muhammad saw sebagai suaminya. Subhanallah.

Post a Comment