Bersegera
Kepada Kebaikan Dan Menganjurkan Kepada Orang Yang Menuju Kebaikan Supaya
Menghadapinya Dengan Sungguh-sungguh Tanpa
Keragu-raguan
Allah Ta'ala
berfirman:
"Maka
berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan."
(al-Baqarah: 148)
Allah Ta'ala
berfirman pula:
"Dan bersegeralah
engkau sekalian menuju pada pengampunan dari Tuhanmu dan juga memasuki syurga
yang luasnya adalah seperti langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang
bertaqwa." (ali-lmran: 133)
Adapun Hadis-hadisnya
ialah:
87. Pertama: Dari Abu
Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Bersegeralah engkau
sekalian untuk melakukan amalan-amalan - yang bagus-bagus - sebelum datangnya
bermacam-macam fitnah yang diumpamakan sebagai potongan-potongan dari malam yang
gelap gulita." [10]
Berpagi-pagi
seseorang itu menjadi orang mu'min dan berpetang-petang menjadi orang kafir, ada
lagi yang berpetang-petang masih sebagai seorang mu'min, tetapi berpagi-pagi
telah menjadi seorang kafir. Orang itu menjual agamanya dengan harta dari
keduniaan." (Riwayat Muslim)
88. Kedua: Dari Abu
Sirwa'ah (dengan kasrahnya sin yang muhmalah dan boleh pula dengan
difathahkannya), iaitu 'Uqbah bin al-Harits r.a., katanya: "Saya bersembahyang
di belakang Nabi s.a.w. di Madinah yakni shalat 'ashar. Kemudian setelah
bersalam lalu berdiri bergegas-gegas, terus melangkahi leher orang-orang banyak
untuk menuju ke salah satu bilik isterinya. Orang-orang banyak yang takut kerana
melihat bergegas-gegasnya beliau itu. Selanjutnya Nabi s.a.w. keluar lagi
menemui sahabat-sahabatnya itu lalu mengetahui bahawa mereka itu benar-benar
terhairan-hairan kerana bergegas-gegasnya tadi. Beliau s.a.w. lalu
bersabda:
"Saya ingat pada
sepotong emas yang ada di tempatku, maka saya tidak senang kalau benda itu
mengganggu fikiranku - untuk menghadap Allah Ta'ala. Oleh sebab itu saya
menyuruh supaya benda tadi dibahagi-bahagikan." (Riwayat
Bukhari)
Dan disebutkan dalam
riwayat Imam Bukhari yang lain demikian: "Saya meninggalkan di rumah sepotong
emas dari hasil sedekah, maka saya tidak senang kalau sampai
menginapkannya."
At-tibru,
ertinya ialah potongan-potongan
emas atau perak.
89. Ketiga: Dari
Jabir r.a., katanya: Ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. pada hari
perang Uhud: "Bagaimanakah pendapat Tuan jikalau saya terbunuh, di manakah
tempatku?" Nabi s.a.w. bersabda:
"Dalam
syurga."
Orang tersebut lalu
melemparkan beberapa buah kurma yang masih di tangannya kemudian berperang
sehingga ia dibunuh - mati syahid." (Muttafaq 'alaih)
90. Keempat: Dari Abu
Hurairah r.a., katanya: "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. lalu
berkata: "Ya Rasulullah, sedekah manakah yang teragung pahalanya?" Beliau s.a.w.
bersabda:
"Iaitu jikalau engkau
bersedekah, sedangkan engkau itu masih sihat dan sebenarnya engkau kikir -
merasa sayang mengeluarkan sedekah itu, kerana takut menjadi fakir dan engkau
amat mengharap-harapkan untuk menjadi kaya. Tetapi janganlah engkau
menunda-nunda sehingga apabila nyawamu telah sampai di kerongkong lalu berkata:
"Untuk si Fulan itu, yang ini dan untuk si Fulan ini, yang itu, sedangkan orang
yang engkau maksudkan itu telah memiliki apa yang hendak kau berikan." (Muttafaq
'alaih)
Hulqum
adalah jalan pernafasan sedang
mari' adalah jalan makan dan minuman.
91. Kelima: Dari Anas
r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengambil pedangnya pada hari perang Uhud,
kemudian bersabda: "Siapakah yang suka mengambil pedang ini daripadaku?"
Orang-orang sama mengacungkan tangannya masing-masing, yakni setiap orang dari
sahabat-sahabat itu berbuat demikian sambil berkata: "Saya, saya." Beliau
berkata lagi: "Siapakah yang dapat mengambilnya dengan menunaikan haknya?"
Orang-orang semuanya berdiam diri. Selanjutnya Abu Dujanah - namanya sendiri
Simak bin Kharsah - berkata: "Saya dapat mengambil pedang itu dengan menunaikan
haknya." Pedang itu lalu digunakan oleh Abu Dujanah untuk memenggal
kepala-kepala kaum musyrikin." (Riwayat Muslim)
92. Keenam: Dari
Zubair bin 'adiy, katanya: "Kita semua mendatangi Anas bin Malik r.a., kemudian
kita mengadukan padanya perihal apa yang kita temui dari perlakuan Hajjaj -
seorang panglima dari dinasti Bani Umayyah dan ia adalah seorang zalim, lalu
Anas berkata: "Bersabarlah engkau sekalian, sebab sesungguhnya saja tidaklah
datang sesuatu zaman melainkan apa yang sesudahnya itu tentu lebih buruk
daripada zaman itu sendiri, demikian itu sehingga engkau sekalian menemui
Tuhanmu. Ucapan semacam ini pernah saya dengar dari Nabimu sekalian s.a.w. (Riwayat
Bukhari)
93. Ketujuh: Dari Abu
Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Bersegeralah engkau
sekalian melakukan amalan-amalan -yang baik - sebelum datangnya tujuh macam
perkara. Apakah engkau sekalian menantikan - enggan melakukan dulu, melainkan
setelah tibanya kefakiran yang melalaikan, atau tibanya kekayaan yang
menyebabkan kecurangan, atau tibanya kesakitan yang merosakkan, atau tibanya
usia tua yang menyebabkan ucapan-ucapan yang tidak keharuan lagi, atau tibanya
kematian yang mempercepatkan - lenyapnya segala hal, atau tibanya Dajjal, maka
ia adalah seburuk-buruk makhluk ghaib yang ditunggu, atau tibanya hari kiamat,
maka hari kiamat itu adalah lebih besar bencananya serta lebih pahit
penanggunggannya."
Diriwayatkan oleh
Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
94. Kelapan: Dari Abu
Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda pada hari perang
Khaibar:
"Nescayalah bendera
ini akan kuberikan kepada seseorang lelaki yang mencintai Allah dan RasulNya,
Allah akan membebaskan - beberapa benteng musuh - atas kedua
tangannya."
Umar r.a. berkata:
"Saya tidak menginginkan keimarahan -kepemimpinan di medan perang - melainkan
pada hari itu belaka kemudian saya bersikap untuk menonjolkan diri pada Nabi
s.a.w. dengan harapan agar saya dipanggil untuk memegang bendera itu.
Tiba-tiba Rasulullah
s.a.w. memanggil Ali bin Abu Thalib r.a., lalu memberikan bendera tadi padanya
dan beliau s.a.w. bersabda:
"Berjalanlah dan
jangan menoleh-noleh lagi sehingga Allah akan membebaskan - benteng-benteng
musuh - atasmu."
Ali berjalan beberapa
langkah kemudian berhenti dan tidak menoleh, kemudian berteriak:
"Ya Rasulullah, atas
dasar apakah saya akan memerangi para manusia?" Rasulullah s.a.w.
menjawab:
"Perangilah mereka
sehingga mereka suka menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan
bahawasanya Muhammad adalah pesuruh Allah. Apabila orang itu telah berbuat
demikian, maka tercegahlah mereka itu daripadamu, baik darah dan harta mereka,
melainkan dengan haknya, sedang hisab mereka itu adalah tergantung pada
Allah." (Riwayat Muslim)
Fatasaawartu,
dengan sin muhmalah (yakni sin
tak bertitik dan bukan syin yang bertitik tiga di atas), ertinya: "Saya melompat
ke muka untuk menampakkan diri."
Keterangan:
Maksud dari Hadis di
atas itu ialah bahawa yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada Sayidina
Ali r.a. dan seluruh pasukannya ialah memerangi manusia-manusia musyrik yakni
yang menyembah selain Allah atau yang tidak mempercayai adanya Allah serta
keesaanNya dan tidak pula mempercayai tentang diutusnya Nabi Muhammad s.a.w.
Tetapi apabila mereka suka mengikuti seruan agama Islam yang benar, sama sekali
tidak boleh diganggu, baik keselamatan jiwa atau pun harta mereka.
Namun demikian,
manakala hak atau ketentuan agama Islam menghendaki, boleh saja seseorang itu
dibunuh, seperti orang yang sengaja membunuh orang lain. Jadi sekalipun sudah
masuk Islam wajib pula dibunuh sebagai qishash atau balasan pembunuhannya.
Demikian pula seperti dipotong tangan kerana mencuri yang sudah mencapai batas
untuk bolehnya dipotong atau pun diberi hukuman pukul (didera) serta direjam,
menurut ketentuannya sendiri-sendiri, jika melakukan perzinaan dan lain-lain
lagi. Inilah yang dimaksudkan dengan sabda Nabi s.a.w.
"Kecuali dengan
haknya."
Mengenai hisab atau
perhitungan amal perbuatan mereka adalah menjadi urusan Allah Ta'ala
sendiri.
Perlu dimaklumi
bahawa golongan Ahlulkitab yakni kaum yang beragama Nasrani atau Yahudi, tidak
boleh secara langsung diperangi. Mereka diperbolehkan memilih salah satu di
antara dua hal yakni membayar pajak. Ini adalah pilihan yang pertama. Jika
mereka suka melaksanakan itu, mereka pun wajib dilindungi keselamatan diri dan
hartanya. Tetapi jikalau enggan, maka pilihan kedua boleh dilaksanakan, iaitu
boleh diperangi.
-
Hadis
ini memberikan suatu isyarat bahwa pada akhir zaman nanti akan banyak sekali
terjadi berbagai macam fitnah dan datang secara beruntun-runtun. Setiap satu
macam fitnah telah lenyap, lalu disusul pula oleh fitnah yang lainnya. Semoga
kita dikaruniai keselamatan oleh Allah.
Muka depan |
Post a Comment