Burung, Hikmah bagi Orang yang Berfikir
Burung, Hikmah bagi Orang yang Berfikir
Jika kita
perhatikan alam ciptaan Illahi ini, berbagai-bagai pengajaran dapat diteladani
dari kejadian alam. Antara makhluk ciptaan Allah yang kita dapat perhatikan
adalah burung.
Burung jika diperhatikan dari
kawasan yang bermusim dingin akan sentiasa berhijrah ke kawasan yang lebih
panas. Memang sudah menjadi lumrah alam penghijrahan tersebut dilakukan secara
berkumpulan. Dan dalam setiap perkumpulan tersebut pasti ada seorang ketua yang
sentiasa berada di hadapan. Selain memiliki ketua, sekumpulan burung ini turut
berhijrah mengikut formasi tertentu iaitu formasi berbentuk V. Secara
saintifiknya formasi ini menghasilkan satu bentuk aero-dinamik yang
membahagikan rintangan angin kepada setiap ahli burung yang sekaligus
memudahkan penghijrahan jika dibandingkan dengan penghijrahan berseorangan.
Maka untuk membentuk formasi tersebut amatlah penting akan wujudnya komponen
perpaduan dan kerjasama di kalangan burung tersebut. Subhanallah, bertapa
tingginya hikmah penciptaan burung itu. Marilah kita melihat realiti hari ini. Keadaan umat Islam hari ini jelas sekali terumbang-ambing. Kita seolah-olah menjadi ‘pak turut’ terhadap segala apa ideologi yang dilaungkan oleh musuh-musuh kita. Sehinggakan isu-isu besar yang menyentuh soal agama sekalipun tidak diendahkan. Tiada lagi sensitiviti terhadap isu yang menimpa saudara-saudara sendiri sepertimana yang menimpa tanah Palestina. Tiada lagi kesepaduan di kalangan kita sepertimana yang ditonjolkan oleh sekumpulan burung tadi. Masing-masing mahu hidup ‘nafsi-nafsi, lu punya suka, gua punya suka’. Masing-masing tak mengendahkan apa yang menimpa orang lain asalkan hidup sendiri bahagia.
Ayuh semua. Di sini diri ini menyeru kepada diri sendiri dan kalian semua untuk bersama-sama kita membina kekuatan ukhuwwah di antara kita. Ukhuwwah yang didasarkan atas aqidah hanya kepada Allah Taala semata-mata. Sedarlah bahawa perselisihanlah yang menyebabkan kita berpecah-belah. Ingatlah perintah Allah dalam surah al-Hujuraat ayat 10: Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. InsyaAllah Islam pastikan tertegak kelak.
Post a Comment