Ahwal Al Muslimun Al Yaum
Ahwal Al Muslimun Al Yaum
Sasaran
·
Memahami faktor-faktor kelemahan kaum muslimin dewasa ini dan berupaya
untuk memperbaikinya
·
Memahami peranan tarbiyah dan harakah dalam mengantisipasi
kelemahan-kelemahan tersebut
·
Menyadari bahwa jalan satu-satunya untuk memperbaiki kondisi umat
adalah menjadikan dirinya layak bergabung dalam hizbullah.
Sinopsis
Keadaan
ummat Islam sekarang ini memang hina dan berada dibawah tangan-tangan kekuasaan
musuh Islam. Ummat Islam sebagai umat yang baik dan mulia ternyata tidak nampak
kemuliannya ditengah manusia lain, bahkan nampak semakin terpuruk sebagaai buah
kejahiliyahan yang semakin merajalela saat ini. Kondisi kaum muslimin hari ini
mempunyai kelemahan-kelemahan diantaranya adalah aqidah, tarbiyah, tsaqafah,
da’wah, pengorganisasian/tanzim, akhlak. Keadaan ini berlaku disebahagian
muslim tersebut nampak tidak mengamalkan ibadah wajib seperti shalat,
berpakaian muslimah, zakat dan berpuasa. Keadaan demikian harus diperbaiki
dengan menyediakan da’wah harakiyah yang
integral dan bersifat rabbaniyah, minhajiyah, marhaliyah dan aulawiyah serta
sesuai dengan realitas dan seimbang.
Hasyiah
Kelemahan kaum muslimin
Syarah
·
Berbagai kelemahan muslim pada saat ini yang merupakan kelemahan utama
dan prinsip adalah kelemahan aqidah dikalangan
muslim. Aqidah muslim pada sebagian muslim telah tercemar dengan berbagai
kepercayaan yang merusak aqidah sebenarnya. Kepercayaan kepada nenek moyang
dengan mengamalkan amalan kepercayaan tradisi jahiliyah yang diwarnai oleh
animisme dan dinamisme. Sebagian kepercayaan tersebut dipengaruhi oleh Hindu.
Aqidah Islam juga di cemari oleh faham tareqat yang sesat dan kepercayaan syiah
yang bertentangan dengan aqidah ahlus
sunah wal jamaah. Aqidah yang di bawa oleh umat Islam tidak lagi tertanam
secara baik di dada kaum muslimin, mereka mencampuri dengan kepercayaan
kebendaan, keduniaan dan sebagainya yang menjelaskan aqidahnya kepada Allah
SWT.
·
Tarbiyah dikalangan ummat Islam masih
sangat sedikit. Secara formal melalui sekolah-sekolah yang hanya beberapa jam
saja. Sedangkan sekolah Islam sedikit. Keadaan ini masih kurang bila
dibandingkan dengan kebutuhan saat ini. Sekolah Islam pun tidak semuanya dapat
menyajikan Islam dan tarbiyah yang baik sehingga dapat merubah pribadi pelajar
dan gurunya. Perlaksanaan tarbiyah secara informal juga belum banyak
dilaksanakan dengan cukup memuaskan.
·
Tsaqafah Islamiyah dikalangan muslim
juga kurang seiring dengan kurang efektifnya peranan tarbiyah dan
sekolah-sekolah yang diselenggarakan oleh umat Islam. Tsaqafah ini berkaitan
dengan ilmu pengetahuan dan wawasan ynag bersifat Islam atau umum. Kemampuan
ini belum banyak dimiliki oleh muslim. Sebahagian menguasai tsaqafah Islam
tetapi dalam masalah umum kurang menguasai (misalnya politik, ekonomi,
kemasyarakan), begitupun sebaliknya kurang di dapati muslim yang mempunyai
pemnguasaan bidang umum dan memiliki tsaqafah Islamiyah. Muslim yang mempunyai
ilmu dan tsaqafah tidaklah banyak, dan masih kecil prosentasenya dibandingkan
dengan jumlah muslim dan kebutuhan yang ada. Sebagian muslim yang mempunyai
tsaqafah ini kurang sesuai dengan pemahaman aqidah Islamiyah, kurang merujuk
kepada minhaj yang asal yaitu Al Qur’an dan sunnah. Masih banyak merujuk kepada
nilai Barat yang bertentangan dengan Islam. Juga ada tsaqafah yang di suburkan
oleh kepercayaan jahiliyah seperti ashabiyah, nasionalisme, sekuler,
kapitalisme dan komunisme.
·
Da’wah Islam pun nampaknya terkena
gangguan. Banyak yang hidup segan dan mati tak mau. Da’wah sebagian ummat yang
berjalan pun mungkin perlu dipertanyakan ghayah (sasaran akhir) yang akan
dituju dan cara (langkah) yang dilakukannya. Hasil da’wah sekarang ini belum
dapat di banggakan bahkan keadaan sekarang ini menunjukkan bahawa da’wah tidak
berjalan karena tidak nampak bertambahnya pengikut atau pengikut yang ada pun
semakin berkurangan. Da’wah Islam tidak berkesan karena sebahagian sudah hilang
tujuan akhir yang sebenarnya kerana sudah terpengaruh oleh berbagai pendekatan
yang kurang Islamiyah. Da’wah kurang berkesan disebabakan menjadikan da’wah
sebagai organisasi kekauman atau kumpulan elite atau pun perkumpulan yang tidak
berdasarkan kepada nilai-nilai Islam. Da’wah yang tidak berjalan adalah satu
masalah sendiri yang sedang berjalanpun perlu dilihat bagaimana keadaan yang
sebenarnya adakah sesuai dengan minhaj atau tidak. Mereka yang tidak berda’wah
juga merupakan masalah besar kerana mereka dijadikan sebagai mangsa yang sangat
senang di makan oleh pihak musuh.
·
Tanzim atau organisasi yang di
kendalikan oleh Islam perlu dipertanyakan sejauuh mana mereka mengamalkan Islam
dalam dalam tanzimnya. Tanzim dapat dibagi-bagi kepada tanzim berupa jamaah
yang komitmen pesertanya melalui bai’ah, organisasi Islam yang terbuka dengan
menjalankan beberapa keperluan dan aktiviti Islam secara terbuka, atau
organisasi Islam yang berwarna syarikat, pertubuhan, NGO dan yang
lainnya. Bagaimanapun tanzin ini perlu dilihat semula kerana keadaan ini
mungkin juga sama dengan keadaan umat Islam yang sedang sakit. Apabila
pengendali sedang sakit maka ada kemungkianan yang di bawanya pun menjadi
sakit.
·
Akhlak sebagai cermin muslim sudah di cemari oleh berbagai akhlak
jahiliyah yang dilandasi oleh budaya dan gaya
hidup masyarakat jahiliyah. Banyak didapati muslim yang secara statusnya masih
sebagai muslim tetapi tidak mencerminkan lagi akhlak Islam yang susah di
bezakan dengan mereka yang bukan muslim. Akhlak remaja sangat kentara merupakan
wujud yang salah. Akhlak muslim tidak mewarnai diri muslim secara keseluruhan.
Muslim lupa kepada akhlak sebenar yang mesti dimiliki. Keadaan demikian
tidaklah mustahil mengingat ghazwul fikri yang sangat kuat dan hizbusyetan
menguasai dunia saat ini.
·
Perbaikan dengan mewujudkan
da’wah harakiah syaamilah
Syarah
Realiti yang ada sekarang
ini memerlukan suatu harakah inkaz(gerakan penyelamatan) untuk merubah keadaan
umat Islam menjadi lebih baik dan terlepas dari segala penyakit yang membawa
kita kepada kematian. Da’wah dan harakah yang mempunyai harapan kejayaan mesti
mempunyai beberapa cirri-ciri yang dipenuhi diantaranya adalah raabaniyah, minhajiyah,
marhaliyah dan ulawiyah serta sesuai dengan reality dan seimbang.
·
Raabaniyah di dalam Al Qur’an mempunyai cirri pribadi yang senantiasa
mengajarkan Islam dan juga mempelajari nilai Islam. Selain itu cirri rabbani
adalah mereka yang tidak merasa duka cita, hina dan lemah di dalam menjalankan
da’wah IslamHarakah dan da’wah Islam yang rabani mesti mempunyai ahli dan
system yang demikian . Ahlinya tidak diam begitu saja tetapi ia bergerak dan
senantiasa,berda’wah,dalam menjalankan da’wahnya mereka tidak putus asa tetapi
berterusan dan selalu berjalan dengan komitmen yang kuat dan kukuh.
·
Da’wah Islam mesti mengikuti
minhaj yang benar dengan kesedaran yang jelas dan bersih.. Minhaj dengan
basirah ini tentunya merujuk kepada Al qur’an dan sunah serta merujuk kepada
sirah nabawiyah. Kemudian dari panduan ini kita mempertimbangkan keadaan
tempatan seperti situasi, kondisi, keadaan, peristiwa dan sikap yang muncul
sehingga muncul fiqhud da’wah yang dapat dijalankan di tempat tertentu. Minhaj
yang jelas akan membawa ke jalan yang jelas dan juga akan membawa kita kepada
tujuan yang benar sehingga Allah meredhainya.
·
Da’wah dan harakiyah mesti
mengikuti marhalah sesuai dengan marhalah kesediaan, penerimaan, pengetahuan,
kemampuan dan penguasaan mad’u atau aktivis harakah tersebut. Dengan marhalah
ini maka da’wah dapat berjalan dengan baik dan berkesan. Ahli yang membawa
da’wah akan mengalami ketenangan tanpa paksaan dan sesuai dengan kemampuan atau
marhalah yang ada pada dirinya. Marhalah ini diperlukan di dalam da’wah dan
harakah karena nabi SAW mengamalkan dan menyebarkan da’wah mengikuti dan
memperhatikan marhalah ini. Misalnya da’wah pada marhalah tabligh yang mengajak
kepada manusia secara umum, kemudian diteruskan kepada da’wah secara taklim
dengan suasana pengajaran, kemudian diteruskan kpada da’wah marhalah takwin
yang lebih kepada latihan dan pembntukan, kemudian ditingkatkan kepada marhalah
tanzim dan tanfiz.
·
Da’wah dan harakah juga memperhatikan keutamaan dari kerja-kerja yang
akan dilakukan. Perlu memfokus kepada suatu isu dan aktiviti yang dapat
memberikan sumbangn kepada ummat Islam sehingga da’wah dapat tampil ditengah
masyarakat dengan kehadiran yang dialu-alukan. Misalnya keutamaan tarbiyah
adalah suatu keutamaan bagi mana-mana da’wah dan harakah karena tanpa tarbiyah
ini tidak akan dapat meneruskan da’wah. Tarbiyah akan menciptakan kader dan
generasi penerus da’wah itu sendiri. Keutamaan lainnya yang menjadikan
keutamaan adalah melihat isu semasa dan mencari jalan keluar yang dapat
mengembangkan pengaruh ditengah masyarakat misalnya tampil da’wah dalam
mengatasi kemiskinan, pengangguran, khidmat perubatan dan pendidikan yang
membawa kearah kejayaan.
·
Da’wah yang sesuai dengan reality ini merupakan sunnah dan minhaj
da’wah Islamiyah. Da’wah mesti membumi dimana ia berpijak jangan melangit
sehingga tidak dapat diamalkan di dalam kehidupan sehari-hari mad’u. Keadaan
yang mempertimbangkan reality ini secara berkesan di contohkan oleh nabi di
dalam berda’wah di Mekah ataupun Madinah. Jahiliyah dimasa itu yang sangat kuat
memungkinkan untuk menghancurkan Islam secar cepat tetapi da’wah Nabi secra
bertahap dan pasti memulainya dengan sir dan kemudian cepat mempersiapkan
keadaan di Madinah. Da’wah secara kotroversial adalah pendekatan yang dibawa
oleh Nabi sebagai pendekatan hasil pembacaannya diatas reliti yang ada di
persekitaran. Banyak lagi contoh lainnya yang dijadikan pelajaran oleh umat
Islam saat ini.
·
Da’wah yang seimbang bermaksud da’wah yang memperhatikan semua
keperluan al akh dan Islam secara keseluruhan dan memenuhinya secara seimbang.
Aktivis juga menghendaki keperluan pribadi dan keluarganya terpenuhi maka
da’wah perlu memberikan peluang kepada aktivis ini memelihara dan menjaga
keperluannya. Pelajar memerlukan waktu belajar dan mesti mendapatkan markah
yang tinggi, ia pun perlu bertemu dengan ibu bapak di kampumg. Keperluan di
dalam menjalankan da’wah seperti keperluan ruhiyah, aqliyah dan amaliyah.
Keseimbangan ini sesuai dengan prinsip keseimbangan yang Allah terapkan kepada
mahlukNya. Dengan seimbang ini maka setiap aktivis merasakan senang dan
bahagia.
Dalil
·
3:79;…. Hendaklah kamu menjadi rabbani yang kamu mengajarkan kitab dan
kamu membacanya.
·
3:146; Beberapa banyaknya nabi yang berperang bersama orang rabbani.
Mereka iti tidak pengecut, kerana bahaya yang menimpa mereka pada jalan Allah
dan tiada Irmah dan tiada pula tunduk dan Allah mengasihi orang-orang yang
sbar.
·
12:108; Katakanlah: Inilah jalanku, aku seru kepada Allah, aku atas
keterangan yang jelas (minhaj yang jelas) dan orang yang mengikuti aku.
Mahasuci Allah dan bukanlah aku termasuk orang-orang yang mempersekutukannya.
Ringkasan
·
Kondisi kaum muslimin hari ini dilihat dari kelemahan-kelemahan kaum
muslimin yaitu:aqidah,tarbiyah,tsaqafah, da’wah, pengorganisasian akhlak
harusdiperbaiki dengan: da’wah harakyah yang integral: bersifat rabaniyah,
minhajiyah, marhaliyah, ulawiyah
·
Sesuai dengan reality, seimbang.
Post a Comment