Qodhiyyah Ummah
Qodhiyyah Ummah
Sasaran
·
Memahami permasalahan umat Islam yang dihadapi seorang dai dan dapat
menyebutkan penyebab
·
Memahami bahawa tarkiz dari penyelesaian permasalahan tersebut adalah
membentuk syakhsiyah Islamiyah dan umat Islam
·
Menyedari peranan sikap komitmen terhadap akhlak dan tsaqafah Islamiyah
dalam membentuk syakhsiyah Islamiyah mutakamilah
Sinopsis
Setelah perbincangan masalah
umat di dalam da’wah yang memfokuskan infiradi sebagai bahagian penting dan isu
utama di dalam keadaan da’wah saat ini. Persoalan da’wah yang berlaku secara
umumnya da[at dibahagikan kepada persoalan yang senantiasa ada pada manusia dan
mungkin berterusan ada kerana perkara ini tidak mengkin terlepas dari keadaan
da’wah secara umumnya. Beberapa keadaan ini adalah di sebabkan kerana kejiwaan manusia
dengan kecenderungannya, watak, syahwat dan instink.
Sedangkan persoalan
berikutnya adalah berkaitan dengan persoalan semasa yang juga bergantung kepada
keadaan tempatan negara Islam tersebut berada seperti persoalan yang di
sebabkan oleh sisa-sisa masa penyelewengan seperti: dengan raja/penguasa
dictator, adanya kebaikan yang berpenyakit, peninggalan para penyeru ke neraka
jahanam, bekas penjajah yang meninggalkan hokum sampai ditinggalkannya sholat.
Perkara-perkara diatas menyebabkan kaum muslimin jahil terhadap Islam.
Persoalan lainnya adalah penyakit-penyakit hasil penjajahan seperti: wujudnya
berbagai lembaga kekufuran, akibat penjajahan yang akhirnya keterbelakangan
iptek, masyarakat Islam yang cara berfikirnya salah, kejiwaan ummat yang salah
seperti rendah diri. Keadaan ini menyebabkan adanya dominasi musuh-musuh
terhadap ummat. Kemudian persoalan lainnya yang wujud adalah terdapatnya
kekuatan yang menantang seperti: musuh yang menyusn aktivitinya dengan
perencanaannya, dengan penyusunannya dan dengan sarananya yang canggih. Mereka
melkukan perang jahiliyah yang tersusun dengan rapi.Akibatnya ummat Islam
seperti buih(hadist) yang ringan timbangannya dan mengikut arus.
Jalan keluar dari masalah
yang dihadapi ummat demikian adalah mesti betul-betul bersedia dan berda’wah
secara serius. Beberapa jalan keluarnya adalah muslim mesti memiliki ilmu
pengetahuan, melaksanakan pembinaan/tarbiyah dan juga jihad. Penumpuan jihad
hendaknya membangun syakhsiyah Islamiyah.
Hasyiah
1.Persoalan ummah
Syarah
·
Persoalan ummah disebabkan kerana da’wah yang tidak berjalan atau
kurang berkesan. Da’wah dan jihad ini adalah sebagai penyokong dan atap bagi
akhlak dan ibadah yang akan di bangun secara baik sehingga rumah Islam ini
dapat di bangun secara baik Tanpa da’wah
maka permasalahan akan bermunculan secara bertahap dan kemudian memuncak keatas
diri ummat Islam. Masalah ummat kerana da’wah tidak berkesan tidak di sebabkan
oleh permasalah pembawa da’wah itu sendiri yang senantiasa ada mengiringi
da’wah dan persoalan yang di sebabkan oleh keadaan semasa sebagai respon dan
kesan keadaan sebelumnya dan keadaan akan dating.
·
Persoalan yang senantiasa ada
Syarah
·
Persoalan yang selalu muncul adalah persoalan mengnai manusia,
persoalan ini selalu ada selama manusia ini tetap hidup dan bersama da’wah.
Dari zaman Nabi Adam hingga sekarang, keadaan manusia adalah isu permasalahan
utama yang tidak pernah habis dan tak kunjung padam.Masalah yang perlu dihadapi
adalah bagaimana kita menghadapi keadaan manusia ini dengan baik dan dapat
mengatasi pernasalahan sebagai sarana meningkatkan keupayaan dan ketahan diri.
Beberapa persoalan manusia ini adalah masalah kejiwaan manusia yang unik dan
mudah berubah mengikuti keadaan dan suasana, kecenderungan peribadi ke arah
tertentu, masalah watak yang beragam, pengaruh syahwat dan keadaan instink
manusia.
·
Persoalan kontemporer
Syarah
·
Keadaan semasa yang merupakan masalah yang ada pada reality saat ini
berdasarkan kepada persoalan-persoalan sebelumnya seperti akibat dari sisa masa
penyelewengan, penyakit dari penjajah dan adanya kekuatan yang menantang. Dari
permasalahn ini akan mewarnai bagaimana keadaan dan masalah ummat sekarng ini.
Pertimbangn kepada isu semasa ini merupakan suatu yang penting bagi menjalankan
da’wah yang benar dan baik di tengah kancah perjuangan yang banyak dipengaruhi
banyak factor.
4.
Sisa masa penyelewengan
Syarah
·
Sebahagian dari negara dan masyarakat Islam barulah lepas dari keadaan
yang dikuasai oleh dictator yang kejam dan raja yang tidak menjalankan Islam,
juga berbagai keadaan yang muncul sebelum seperti pengaruh aliran sesat atau
da’wah yang membawa kehancuran seperti da’wah yang berorientasikan kepada jihad
senjata, da’wah sebelumnya yang membawa kesan dan imej yang negatif, dan
kekuasaan yang menjadikan muslim tidak mengerjakan amalan Islam termasuk
sholat.
·
Persoalan manusia yang selalu menyertai da’wah ini dan persoalan semasa
akan menjadikan ummat bodoh kepada Islam.
5.Penyakit akibat penjajahan
Syarah
·
Penyakit yang juga diambil kira sebagai sebab munculnya suatu kekalahan
dan kehancuran Islam adalah berbagai lembaga-lembaga kekufuran seperti
mahkamah, hokum jahiliyah, system pentadbiran dan juga berbagai aturan yang
dilembagakan seperti industrial court; penjajah juga meninggalkan
keterbelakangan ilmu pengetahuan dan tehnologi yang sengaja diciptakan oleh
penjajah sehingga menjadikan umat semakin bodoh; penjajah juga menjadikan
ummatsalah berfikir atau mempunyai pemikiran yang tidak betul dan kejiwaan yang
menyertainya tidak normal seperti rasa rendah diri dan tidak percaya diri.
·
Keadaan ini menjadikan ummat
Islam di dominasi oleh musuh-musuh Islam.
6.Kekuatan yang
menentang
Syarah
·
Kekuatan-kekuatan yang
menentang terhadap da’wah Islam sangat banyak di dalam masyarakat sekuler saat
ini. Kepentingan-kepentingan sekuler merasa tidak terjaga apabila Islam
berjaya.Keinginan hawa nafsu mereka tidak akan tersalurkan dengan tegaknya
da’wah Islam sehingga mereka berusaha mati-matian menentang kekuatan Islam dan
memadamkan da’wah Islam. Kekuatanyang menentang ini dirancang dengan
perencanaannya dan sarana yang bak.Mereka melakukan perang jahiliyah yang
disusun rapi.
·
Akibat kekuatan ini adalah
ummat Islam seperti buih yang ringan timbangannya dan mengikuti arus.
7.Jalan keluar
Syarah
·
Jalankeluar dari permasalahan
ini adalah masyarakat muslim mesti berilmu sehingga dengan ilmu ini tidak akan
terpengaruh sesat dan umat Islam mempunyai benteng yang kuat.Ilmu yang benar
tsaqafah yang luas perlu dipelihara dan diamalkan dengan menjalankan tarbiyah
atau pembinaan. Kemudian jihad menjadi penegak dan pemeliharaan masalah
walaupun demikian jihad yang dimaksudkan adalah lebih kepada da’wah untuk
membangun syaksiyah Islamiyah.
Ringkasan dalil
·
Persoalan da’wah :1. Persoalan yang senantiasa ada : kejaiwaan manusia
dengan kecenderungan, watak, syahwat dan instink. 2. Persoaalan
semasa:A.sisa-sisa mesa penyelewengan dengan:Raja/penguasa dictator, kebaikan
yang berpenyakit, para penyeru ke neraka jahanam, ditinggalkannya hukumsampai
ditinggalkannya sholat. Dua perkara diatas menyebabkan kaum muslimin jahil
terhadap Islam. B. penyakit penyakit hasil penjajahan : berbagai lembaga
kekufuran, keterbelakangan iptek, cara berfikir yang salah, kejiwaan yang
salah. Hal ini menyebabkan adanya dominasi musuhh-musuh terhadap ummat. C.
Kekuatan yang menantang: dengan perencanaannya, dengan penyusunannya dan dengan
sarananya. Mereka melakukan perang jahiyah yang tersusun rapi.
·
Akibat ummat Islam seperti buih(yang ringan timbangannya dan mengikuti
arus.
·
Jalan keluarnya adalah ilmu pengetahuan, pembinaan/tarbiyah: dan jihad.
Penumpuan jihad hendaknya membangun syakhsiyah Islamiyah.
Post a Comment