Takwinul Umah


Takwinul Umah

Sinopsis
Takwin ummat (membentuk ummat) mengikut kepada cara Nabi Muhammad SAW adalah dengan membentuk aqidah dengan iman yang lurus. Iman seseorang akan membawanya kepada ibadah dan amal sholeh sehingga akan menghasilkan iman yang sebenar-benarnya. Islamisasi kehidupan sebagai hasil dari pembentukan peribadi muslim adalah muslim yang menjadikan seluruh kehidupan islam dan mewarnai kehidupannya dengan nilai islam.
Ciri lainnya yang diperlukan oleh ummat adalah membentuk semangat berjamaah. Semangat berjamaah perlu ditumbuhkan dengan berpegang teguh kepada tali Allah, tidak berpecah belah/bersatu padu; kesatuan hati, dan melakukan ukhuwah islamiyah. Peribadi islam yang terbentuk akan di kuatkan dengan semangat berjamaah shingga muncul ummat yang kuat dan kemudian dapat memunculkan suatu gerakan penyelamatan.
Kedua pembentukan tersebut merupakan langkah penyelamatan yang dilakukan oleh orang yang mendapat hidayah untuk membentuk ummah islam yang menyeru kebaikan, memerintahkan yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar. Ummat islam yang melakukan aktiviti dakwah ini akan mencapai kejayaan.
Hasiyah
1. Takwin ummat
Syarah
·         Allah SWT telah menyuruh kita untuk melakukan pembentukan atau pembinaan terhadap ummat sehingga tercapai peribadi da'I yang mempunyai cirri amal ma'ruf dan nahi munkar. Beberapa hadits dan ayat pun menyebutkan bahwa pembentukkan ummat ini tidak dilakukan oleh semua ummat tetapi sebahagian saja atau sekumpulan kecil dari umat yang sadar dan kemudian berdakwah membentuk manusia yang berkualiti sehingga mencapai kadar sebagai umat yang terbaik (khoiru ummah). Secara reality dan juga melihat kepada sejarah nabi bahwa manusia yang dapat menerima dakwah islam adalah tidaklah semuanya, dipastikan ada yang menentang dan ada yang sebagai pengikut pasif dan ada yang telibat penuh sebagai kader yang aktif. Keadaan ini menggambarkan bahwa hidayah Allah SWT mempunyai peranan penting terhadap dorongan seseorang terhadap islam dan juga kehendak membentuk ummat atau berdakwah.
Dalil
·         3:104; Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian adalah orang-orang yang berjaya.
2. Takwin kepribadian islam
Syarah
·         Beberapa ciri-ciri yang di gambarkan di dalam surah 3:102 mengenai peribadi muslim adalah mereka yang beriman, bertakwa dan menjadikan segala kehidupannya islam.
Iman yang lurus berarti peribadi yang mempunyai pemahaman aqidah yang bersih dan benar. Individu dengan iman yang suci dan bersih dari segala kemusrikan akan mewarnai segala amal dan tingkah lakunya sehingga boleh mendapatkan ridho dari Allah SWT. Iman merupakan bahan azas bagi terbentuknya peribadi muslim. Iman yang kurang kepada Allah,Rasul dan kitab&ldots;. Maka akan mengalami kecelaruan peribadi dan tingkah laku sehingga muncul peribadi yang buruk. Sahabat Nabi sebagai contoh pembentukan iman yang berjaya. Begitu juga contoh yang di bawa oleh Nabi dan Rasul dalam memberikan contoh peribadi muslim sentiasa merujuk kepada imannya.
Dengan beriman maka peribadi muslim akan menjalankan ibadah dan amal soleh yang diperintahkan Allah apakah amalan wajib ataupun sunnah. Setiap amalan dan ibadah ini akan menghasilkan taqwa. Taqwa sebagai hasil dari ibadah. Taqwa yang sebenar-benarnya merupakan ciri peribadi muslim. Darjah taqwa merupakan kemuliaan yang Allah berikan dan taqwa ini sebagai bekal kehidupan kita di dunia dan juga yang akan di bawa ke akhirat.
Keimanan dan ketaqwaaan seorang muslim akan mewarnai semua kehidupannya dan juga akan membentuk segala aktiviti dengan celupan islam. Allah menyuruh kita untuk menjadikan hidup kita islam samada berdiri ,duduk atau berbaring juga di suruh untuk hidup dan mati di dalam Islam. Bahkan Allah SWT menyuruh kita agar jangan mati kecuali di dalam keadaan islam. Islam mengajak manusia untuk mangamalkan semua ajarannya samada dari bangun tidur hingga tidur kembali adalah bahagian kehidupan yang mesti diisi dengan islam. Islamisasi kehidupan sebagai suatu keharusan manusia agar mendapatkan redha dari Allah SWT.
Dalil
·         5:54; wahai orang-orang yang beriman ! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), makaa Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut pada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang di berikanNya, lagi meliputi pengetahuanNya.
·         49:15; Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imanNya).
·         3:102; Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan islam.
·         2:208; Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu kedalam agama islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu mnurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaithan itu musuh bagi kamu yang terang lagi nyata.
3.Takwin ruhul jamaah islamiyah
Syarah
·         Setelah peribadi muslim terbentuk maka peribadi ini perlu diikat dengan tali agar kuat dan dapat di gunakan untuk berbagai tujuan dan aktiviti. Tali ini adalah jamaah, sehingga dengan jamah dapat membuat kerja sama dan sama-sama kerja sehingga mewujudkan saling membantu dan ukhuwah islamiyah. Dakwah tidak akan mungkin berjaya tanpa diikat dengan jamaah. Setiap individu yang bekerja di dalam dakwah akan rugi dan tidak berjaya apabila tidak dilakukannya dengan berjamaah. Ciri lainnya di dalam jamaah adalah peribadi yang berpegang teguh dengan tali Allah, tidak berpecah belah dan menjalankan ukhuwah islamiyah.
·         Berpegang dengan tali Allah merupakan prinsip di dalam islam. Ikatan jamaah islamiyah di laksanakan dengan mengikat keatas tali aqidah islamiyah. Persatuan dan kesatuan islam yang berdasarkan aqidah ini akan menyatukan semua muslim di dunia sehingga memudahkan tegaknya khilafah di muka bumi. Dengan ikatan aqidah ini juga akan mewujudkan suatu kejayaan muslim yang mungkin memiliki perbedaan dari segi furu, pemikiran dan uslub. Persatuan kita keatas yang asas dan prinsip dan menerima perbedaan yang bukan prinsip sebagai suatu khasanah islam dan penggabungan ke pelbagaian potensi ummat.
·         Ummat yang bersatu dengan membentuk model jamaah adalah tidak ada perpecahan dan pertembungan, mereka bersatu padu di dalam aqidah yang mewarnai bentuk kerja sama yang tolong menolong keatas kelemahan dan kelebihan masing-masing. Perbedaan sebagai sarana taawun yang akan menguatkan jamaah islam. Tidak berpecah belah tetapi bersatu padu dengan kesatuan hati aktivis islam merupakan ciri utama jamaah islam.
·         Untuk memperlancar dan memperbagus jamaah islam ini maka jamaah perlu di warnai dengan suasana ukhuwah islamiyah. Persaudaraan islam selain kewajiban dan hidayah dari Allah SWt juga suatu nikmat yang membahagiakan kita. Dengan ukhuwah islamiyah maka keperluan fitrah manusia dan juga keperluan asas manusia dapat di terpenuhi. Manusia pada dasarnya menyenangi untuk berkumpul dan selalu berkumpul tetapi berkumpulnya manusia tidak membawa kepada kebaikan. Berkumpul di dalam islam akan membawa kepada kebahagiaan.
Dalil
·         3:195; Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya):"Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amalan orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (karena) setengah kamu (adalah keturunan) dari stengah yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (karena menyelamatkan agamanya), dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya, dan juga yang di sakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) karena menjalankan agamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan islam), dan yang terbunuh (gugur syahid dalam perang sabil)- sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi-Allah.Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal sholeh)".
·         9:71; Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya.Mereka itu akan di beri rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah maha kuasa, lagi maha bijaksana.
·         3:103; dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan diantara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada ditepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (di sebabkan nikmat islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
·         30:31-32; Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) senantiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik-yaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu).
·         8:63 Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan diantara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, niscaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan diantara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu padukan diantar (hati) mereka. Sesungguhnya Ia maha kuasa , lagi maha bijaksana.
·         49:10; Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara , maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
4.Gerakan penyelamatan
Syarah
·         Takwin syaksiyah islamiyah dan takwin ruhul jamaah merupakan langkah penyelamatan terhadap kejayaan ummat saat ini dan juga akan memperkuat kekuatan islam. Keadaan ummat yang telah terbentuk dengan tarbiyah islamiyah sehingga wujud peribadi islam dan peribadi dai di dalam jamaah ini berperanan sangat besar di dalam menghadapi musuh-musuh islam samada menghadapi serangan dari ghazwul fikri atau hizbus syaitan. Peribadi yang terbina ini merupakan peribadi yang mendapatkan hidayah dari Allah SWT. Peribadi islam dan kekuatan jamaaah senantiasa juga melakukan dakwah, pembinaan dan pembentukan keatas umat islam yang sadar dengan dakwah dan islam.
5.Kejayaan
Syarah
·         Kejayaan yang akan di capai ummat islam adalah mereka yang melaksanakan pembentukan ummat dan melakukan amar makruf nahi munkar.
Dalil
·         3:104; Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan(mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang alah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian inilah orang yang berjaya.
Ringkasan
·         Takwin ummat (3:104); iman yang lurus (5:54; 49:15); taqwa yang sebenar-benarnya(3:102); islamisasi kehidupan (2:201); ini semua keperibadian islam.
·         Ciri lainnya adalah berpegang teguh dengan tali Allah (3:103); Ikhlas berpecah belah/bersatu padu (30:31-32); kesatuan hati (8:63); ukhuwah islamiyah (49:10). Ini di sebut dengan takwin ruhul jamaah islamiyah (3:195; 9:71)
·         Keduanya merupakan langkah penyelamatan yang dilakukan orang yang mendapat hidayah untuk membentuk umat islam yang menyeru kebaikan, memerintahkan yang makruf dan mencegah dari yang munkar. Ketiganya merupakan factor kejayaan (3:104).

Tidak ada komentar