IMAN SENJATA UTAMA DAN TAQWA BEKALAN UTAMA
IMAN
SENJATA UTAMA DAN TAQWA BEKALAN UTAMA
Iman dan
Pertolongan Allah
Sesungguhnya
keadaan umat Islam menimbulkan rasa belas dan takut .. kelemahan, perselisihan,
penguasaan musuh dan tipu daya mereka terhadap Islam dan Muslimin …. semua
faktor-faktor ini mungkin menimbulkan sedikit rasa putus asa atau kecewa di
dalam jiwa, tetapi keimanan kepada Allah dan merasa mulia dengan agamanya,
jihad pada jalannya serta cinta kepada mati syahid tetap menimbulkan harapan
yang besar terhadap pertolongan Allah. Adapun Allah adalah maha suci, maha kuat
lagi berkuasa. Dialah penolong bagi hamba-hambanya yang beriman dan penunduk
orang orang yang bongkak daripada musuh-musuhNya. Adapun kita di dalam bulan
Ramadhan ini yang merupakan bulan kemenangan di mana peperangan Badar adalah
sebaik-baik saksi terhadap pertolongan Allah bagi hamba-hambaNya yang beriman
walaupun mereka sedikit. Allah berfirman
“Berapa
banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak
dengan izin Allah. Dan Allah berserta dengan orang-orang yang sabar” (al-Baqarah: 249)
dan lagi
“(yang
sebenarnya) bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allahlah yang
membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi
Allahlah yang melempar”
(al Anfal: 17)
Benar,
sesungguhnya musuh zionis bermegah-megah dan mengiklankan permusuhannya serta
niatnya yang keji terhadap orang-orang Palestin bahkan terhadap Muslimin
seluruhnya, dan apa yang disembunyikan di sebalik hati-hati mereka adalah lebih
besar. Sesungguhnya ia telah merampas satu cebisan yang begitu mulia daripada
tanah air Islam kerana padanyalah al Masjidil Aqsa, qiblat yang pertama dan
“Haram” yang ketiga. Berita-berita tentang penyambungan terowong di bawah
masjidil Aqsa menunjukkan niat mereka untuk mendedahkan kepada kemusnahan. Dia
juga berterusan untuk menyahudikan al Quds dan mengeluarkan orang-orang
Palestin daripada timur al Quds. Mereka juga menuduh Siria membantu Hizbullah
di Lubnan yang mempertahankan bumi Lubnan yang terjajah. Begitulah mereka bertindak
seolah-olah merekalah tuan punya tanah dan tuan-tuan yang sebenar merupakan
perampas. Kita juga mendapati Amerika dan beberapa negara barat menyokongnya
dalam pencerobohannya dan kesombongannya. Begitu juga kita melihat perangkap ke
atas Muslimin pada berbagai penjuru, dan kelemahan bumi Islam serta tiadanya
bantuan terhadap saudara-saudaranya sesama Islam yang terdedah kepada perangkap
dan penderitaan ini. Tapi disebalik gambaran yang menyedihkan ini kita mestilah
memulakan dengan diri kita untuk menjadi mukmin yang sebenar serta melazimkan
diri kita dengan sifat-sifat mukmin, mendokong hak-hak ukhuwwah di antara kita
dan memohon pertolongan daripada Allah niscaya Allah akan menolong kita ke atas
semua musuh-musuh. Adapun
masa depan adalah untuk Islam.
“Dan
perangilah mereka supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata
untuk Allah” (al Anfal:
39).
dan benarlah
Allah berfirman:
“Dialah yang
mengutuskan RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia
memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang-orang musyrik benci” (as-Saff: 9)
ke atas Muslimin
seluruhnya perlulah membetulkantawakal kepada Allah kerana Allahlah sebaik-baik
pelindung dan pemberi pertolongan. Dan hendaklah mereka menjadi seperti mereka
yang telah disifatkan oleh Allah dalam firmannya:
“(Yaitu)
orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang
yang mengatakan: “Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk
menyerang kamu, kerana itu takutlah lepada mereka”, maka perkataan itu menambah
keimanan mereka dan mereka menjawab: “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan
Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan
kurnia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti
keridhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar” (Ali Imran: 173-174).
Fenomena
Penyembahan Syaitan (berita di Mesir: pent)
Sesungguhnya
fenomena ini perlu kita selidik dan analisa maka kita berpendapat sesungguhnya
Allah swt memberi amaran pada kita terhadap tipu daya syaitan dan perangkapnya
seperti firman Allah:
“Sesungguhnya
syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), kerana
syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya menjadi penghuni neraka
yang menyala” (Faathir:
7)
dan firmannya
lagi: “Bukankah Aku telah memerintahkan padamu hai Bani Adam supaya kamu
tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi
kamu. dan hendaklah kamu menyembahKu. Inilah jalan yang lurus” (Yasin: 60
61)
Oleh itu ia
menjadi satu kewajiban terhadap Muslimin untuk berpesan-pesan dengan kebenaran
dan berpesan-pesan dengan kesabaran serta tolong menolong di dalam perkara
kebaikan dan taqwa dan jangan tolong menolong di dalam perkara dosa dan
permusuhan. dan firmannya lagi: “Inilah jalanKu yang lurus, maka hendaklah
kamu ikuti. Janganlah kamu ikut jalan-jalan (cara hidup) yang lain, kelak kamu
akan bercerai berai dari JalanNya. Inilah yang dipesankan oleh Tuhanmu kepada
kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa” (al-An`am: 153).
Sepatutnyalah
kita mengambil tahu sebab-sebab munculnya fenomena yang buruk ini agar kita
dapat melindungi pemuda-pemuda kita daripada tergelincir ke dalamnya. Adapun
saya mengira bahawa sebab utama berpuncanya daripada musuh zionis dan barat dan
sesungguhnya Camp David telah membantu membawa penyakit ini. Zionism telah
membawa kerosakan ini kepada negara kita. Mereka telah membantu kemasukan dadah
dan kaset-kaset yang mengandungi penyelewengan serta lucah. Kita juga tidak
lupa bahawa Yahudilah bertanggungjawab disebalik atisme yang lahir di dalam
sosialisme dan merekalah yang memerangi selain daripada Yahudi terutamanya
Islam. Dan merekalah manusia yang paling kuat permusuhannya terhadap
orang-orang mukmin.
Di antara
sebab-sebab yang membantu kewujudan fenomena ini kerana tiadanya perasaan
kewatanan di kalangan para pemuda dan keadaan kelemahan politik, kemewahan yang
tidak syari dan kekosongan masa serta ketiadaan matlamat yang boleh menyibukkan
pemuda-pemuda untuk membina masa depannya dan memperbaiki watannya serta banyak
mengembara keluar negara lalu terpengaruh dengan fasad ini. Dan di antara
faktor yang lain adalah tindakan kerajaan memerangi semangat keugamaan dan
gambaran mereka terhadap setiap Muslim adalah seperti Rahib (meninggalkan dunia)
di samping penyempitan ini, dan begitu juga pemenjaraan dan mahkamah tentera
dsbnya. Juga kosongnya silibus-silibus pelajaran daripada bekalan spritual dan
pendidikan agama serta penambahan media-media yang merosakkan yang membantu
menyesatkan dan membentangkan budaya-budaya asing untuk menjadi contoh kepada
pemuda dan pemudi. Begitu juga galakan beberapa buku puak sekular dan kiri
terhadap memerangi agama dan tujuan mereka untuk mengasingkan agama dari
negara. Semua ini menggalakkan kepada penyelewengan. Di samping toleransi dalam
memerangi dadah dan kekejian dan meninggalkan masyarakat menjadi mangsa pada
media-media kerosakan dan undang-undang juga tidak menjanjikan balasan yang
boleh menghalang perkara tersebut.
Beberapa
Tanggungjawab Keluarga dan Kerajaan
Di sana terdapat
satu tanggungjawab yang besar ke atas institusi keluarga dan pentarbiahan
terhadap anak-anak. Setiap penjaga (ibubapa) adalah bertanggungjawab terhadap
penjagaannya serta wajiblah ke atas ayah dan ibu untuk mengambil berat terhadap
didikan anak-anak, bukan untuk membantu mereka melakukan kerosakan dengan
memberi mereka harta benda, kereta, dan kurangnya pengawalan terhadap tindak
tanduk mereka. Para bapa hendaklah mengetahui bahawa Allah akan mempersoalkan
mereka tentang penjagaan.
Wajiblah ke atas
kerajaan untuk mendidik bangsanya melalui tauladan dan amalan yang serius serta
produktif, di samping mengembeling tenaga pemuda ke arah pengeluaran yang
produktif dan mendidik mereka berjihad dan menjaga tanah air daripada sebarang
pencerobohan. Kami berharap daripada pemuda-pemuda untuk mengambil iktibar
daripada fenomena ini. Maka janganlah mereka mengabaikan urusan agamanya dan
hendaklah mencari benteng pertahanan dariapada tergelincir kedalam jurang yang
bahaya ini. Hendaklah mereka mempersenjatakan diri dengan senjata iman dan
taqwa serta mengambil berat terhadap masa depan yang hakiki agar mereka berjaya
di hari akhirat dengan syurga dan nikmatnya serta selamat daripada neraka dan
apinya. Sesungguhnya kami melihat bahawa fenomena penyembahan syaitan adalah
satu fenomena sosial dan pendidikan pada peringkat yang pertama sebelum dia
menjadi satu jenayah. Oleh itu mestilah setiap ahli masyarakat dan pendidikan
untuk mengkajinya dan meletakkan jalan penyelesaian yang sesuai untuk mengubatinya
serta membersihkan masyarakat daripadanya dan kesannya. Media massa terutamnya
television hendaklah mengadakan topik-topik perbincangan untuk memperingatkan
para pemuda dan ketua-ketua serta tunggak negara kepada faktor faktor yang
membawa kepada fenomena tersebut serta cara yang boleh menutup jalan yang
membawa para pemuda jatuh ke dalam jurang ini. Metod-metod kekerasan sahaja
bukanlah metod yang terbaik untuk penyembuhan tetapi hendaklah khidamt peranan
pasukan keamanan serta kehakiman untuk menumpukan perhatian terhadap siapa yang
telah sabit jenayahnya dan memberi balasan yang sepatutnya.
Post a Comment