Hak Suami Atas
Isteri (Yang Wajib Dipenuhi Oleh Isteri)
Allah
Ta'ala berfirman:
"Kaum
lelaki itu adalah pemimpin-pemimpin atas kaum wanita - isteri-isterinya, kerana
Allah telah melebihkan sebahagian mereka dari yang lainnya, juga kerana kaum
lelaki itu telah menafkahkan dari sebahagian hartanya. Oleh sebab itu kaum
wanita yang shalihah ialah yang taat serta menjaga dirinya di waktu ketiadaan
suaminya, sebagaimana yang diperintah untuk menjaga dirinya itu oleh
Allah." (an-Nisa':34)
Keterangan:
Menilik isi yang
tersirat dalam ayat di atas, maka Allah Ta'ala sudah memberikan ketentuan yang
tidak dapat diubah-ubah atau sudah merupakan sunatullah, iaitu bahawa
keharmonian rumahtangga itu, manakala lelaki dapat menguasai seluruh hal-ehwal
rumahtangga, dapat mengatur dan mengawasi isteri sebagai kawan hidupnya dan
menguasai segala sesuatu yang masuk dalam urusan rumahtangganya itu sebagaimana
pemerintah yang baik, pasti dapat menguasai dan mengatur sepenuhnya perihal
keadaan rakyat.
Manakala ini
terbalik, misalnya isteri yang menguasai suami, atau sama-sama berkuasanya,
sehingga seolah-olah tidak ada pengikut dan yang diikuti, tidak ada pengatur dan
yang diatur, sudah pasti keadaan rumahtangga itu menemui kericuan dan tidak
mungkin ada ketenangan dan ketenteraman di dalamnya.
Ringkasnya para
suamilah yang wajib menjadi Qawwaamuun, yakni penguasa, khususnya kepada
isterinya. Ini dengan jelas diterangkan oleh Allah perihal sebab-sebabnya, iaitu
kaum lelakilah yang dikurniai Allah Ta'ala akal yang cukup sempurna, memiliki
kepandaian dalam mengatur dan menguasai segala persoalan, juga kekuatannya pun
dilebihkan oleh Allah bila dibandingkan dengan kaum wanita, baik dalam segi
pekerjaan ataupun peribadatan dan ketaatan kepada Tuhan. Selain itu suami
mempunyai pertanggunganjawab penuh untuk mencukupi nafkah seluruh isi
rumahtangga itu.
Oleh sebab itu isteri
itu baru dapat dianggap shalihah, apabila ia selalu taat pada Allah,
melaksanakan hak-hak suami, memelihara diri di waktu suaminya tidak di rumah dan
tidak seenaknya saja dalam hal memberikan harta yang menjadi milik suaminya itu.
Dengan demikian isteri itu pun pasti akan dilindungi oleh Allah dalam segala hal
dan keadaan, juga ditolong untuk dapat melaksanakan tanggungjawabnya yang
dipikulkan kepadanya mengenai urusan rumahtangganya itu.
Adapun
Hadis-hadisnya, maka di antaranya ialah Hadisnya 'Amr bin al-Ahwash di muka
dalam bab sebelum ini - lihat Hadis no. 276.
282. Dari Abu
Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jikalau seseorang
lelaki mengajak isterinya ke tempat tidurnya, tetapi isteri itu tidak mendatangi
ajakannya tadi, lalu suami itu menjadi marah pada malam harinya itu, maka para
malaikat melaknati - mengutuk - isteri itu sampai waktu pagi." (Muttafaq
'alaih)
Dalam riwayat Imam
Bukhari dan Imam Muslim yang lain lagi, disebutkan demikian: "Rasulullah s.a.w.
bersabda:
"Apabila seseorang
isteri meninggalkan tempat tidur suaminya pada malam harinya, maka ia dilaknat
oleh para malaikat sampai waktu pagi."
Dalam riwayat lain
lagi disebutkan sabda Rasulullah s.a.w. demikian:
Demi Zat yang jiwaku
ada di dalam genggaman kekuasaanNya, tiada seseorang lelaki pun yang mengajak
isterinya untuk datang di tempat tidurnya, lalu isteri itu menolak ajakannya,
melainkan semua penghuni yang ada di langit - yakni para malaikat - sama murka
pada wanita itu sehingga suaminya rela padanya - yakni mengampuni
kesalahannya."
283. Dari Abu
Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tiada halal - yakni
haram - bagi seorang isteri untuk berpuasa - sunnat - sedangkan suaminya
menyaksikan - yakni ada, melainkan dengan izin suaminya itu dan tidak halal
mengizinkan seseorang lelaki lain pun untuk masuk rumahnya - baik lelaki lain
mahramnya atau bukan, kecuali dengan izin suaminya." (Muttafaq
'alaih)
Dan yang di atas itu
lafaznya Imam Bukhari.
284. Dari Ibnu Umar
radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w. sabdanya:
"Semua orang dari
engkau sekalian itu adalah pemimpin dan semuanya saja akan ditanya perihal
pimpinannya. Seorang amir - pemerintah - adalah pemimpin, orang lelaki juga
pemimpin pada keluarga rumahnya, orang perempuan pun pemimpin pada rumah
suaminya serta anaknya. Maka dari itu semua orang dari engkau sekalian itu
adalah pemimpin dan semua saja akan ditanya perihal pimpinannya." (Muttafaq
'alaih)
285. Dari Abu Ali,
iaitu Thalq bin Ali r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jikalau seseorang
lelaki mengajak isterinya untuk keperluannya - masuk ke tempat tidur - maka
wajiblah isteri itu mendatangi - mengabulkan - kehendak suaminya itu, sekalipun
di saat itu isteri tadi sedang ada di dapur."
Diriwayatkan oleh
Imam-Imam Tirmidzi dan an-Nasa'i dan Tirmidzi berkata bahawa ini adalah Hadis
hasan.
286. Dari Abu
Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Andaikata saya boleh menyuruh
seseorang untuk bersujud kepada orang lain, nescayalah saya akan menyuruh isteri
supaya bersujud kepada suaminya."
Diriwayatkan oleh
Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
287. Dari Ummu
Salamah radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Mana saja wanita
yang meninggal dunia sedang suaminya rela padanya - tidak sedang mengkal
padanya, maka wanita itu akan masuk syurga."
Diriwayatkan oleh
Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
289. Dari Usamah bin
Zaid radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Saya tidak
meninggalkan sesuatu fitnah sepeninggalku nanti yang fitnah itu Iebih besar
bahayanya untuk dihadapi oleh kaum lelaki, Iebih hebat dari fitnah yang
ditimbulkan oleh kerana persoalan orang-orang perempuan." (Muttafaq 'alaih)
288. Dari Mu'az bin
Jabal r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidaklah seseorang isteri itu menyakiti
pada suaminya di dunia - baik hati atau badannya, melainkan isterinya yang dari
bidadari yang membelalak matanya itu berkata: "Janganlah engkau menyakiti ia,
semoga engkau mendapat siksa Allah. Hanyasanya ia di dunia itu adalah sebagai
tamu bagimu, yang hampir sekali akan berpisah denganmu untuk menemui
kita."
Diriwayatkan oleh
Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
|
Post a Comment