Muraqabah (Pengintaian)
Muraqabah (Pengintaian)
Allah Ta'ala berfirman:
"Dialah yang melihatmu ketika
engkau berdiri dan juga gerak tubuhmu di antara orang-orang yang
bersujud." (asy-Syu'ara':
218-219)
Allah Ta'ala berfirman pula:
"Dan Dia adalah besertamu di mana
saja engkau semua berada." (al-Hadid:
4)
Allah Ta'ala berfirman lagi:
"Sesungguhnya bagi Allah tidak ada
sesuatu yang tersembunyi baik di bumi ataupun di langit."(ali-lmran: 5)
Lagi firmannya Allah Ta'ala:
"Sesungguhnya Tuhanmu itu nescaya
tetap mengintipnya." (al-Fajar: 14)
Juga firmannya Allah Ta'ala:
"Dia Maha Mengetahui akan
kekhianatan mata - maksudnya pandangan mata kepada sesuatu yang diiarang atau
kerlingan mata sebagai ejekan dan lain-lain perbuatan yang tidak baik - dan apa
saja yang tersembunyi dalam hati.” (al-Mu'min:
19)
Ayat-ayat yang mengenai bab ini banyak
sekali dan kiranya dapat dimaklumi.
Adapun Hadis-hadisnya ialah:
60. Pertama: Dari Umar bin Alkhaththab
r.a., katanya: "Pada suatu ketika kita semua duduk di sisi Rasulullah
s.a.vv. yakni pada suatu hari, tiba-tiba muncullah di muka kita seorang lelaki
yang sangat putih pakaiannya dan sangat hitam warna rambutnya, tidak tampak
padanya bekas perjalanan dan tidak seorang pun dari kita semua yang
mengenalnya, sehingga duduklah orang tadi di hadapan Nabi s.a.w. lalu
menyandarkan kedua lututnya pada kedua lutut beliau dan meletakkan kedua
tangannya di atas kedua pahanya sendiri dan berkata: "Ya Muhammad,
beritahukanlah padaku tentang Islam." Rasulullah s.a.w. lalu bersabda:
"Islam, iaitu hendaknya engkau
menyaksikan bahawa tiada piihan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan
Allah, hendaklah pula engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa
bulan Ramadhan dan melakukan haji ke Baitullah jikalau engkau kuasa jalannya ke
situ."
Orang itu berkata: "Tuan
benar."
Kita semua hairan padanya, kerana ia
bertanya dan juga membenarkannya. Ia berkata lagi: "Kemudian
beritahukanlah padaku tentang Iman."
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Iaitu hendaklah engkau beriman
kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari
penghabisan - kiamat - dan hendaklah engkau beriman pula kepada takdir, yang
baik ataupun yang buruk - semuanya dari Allah jua."
Orang itu berkata: "Tuan
benar." Kemudian katanya lagi:
"Kemudian beritahukanlah padaku
tentang Ihsan."
Rasulullah s.a.w. menjawab: "Iaitu
hendaklah engkau menyembah kepada Allah seolah-olah engkau dapat melihatNya,
tetapi jikalau tidak dapat seolah-olah melihatNya, maka sesungguhnya Allah itu
dapat melihatmu."
Ia berkata: "Tuan benar."
Katanya lagi: "Kemudian beritahukanlah padaku tentang hari kiamat."
Rasulullah s.a.w. menjawab: "Orang
yang ditanya - yakni beliau s.a.w. sendiri - tentulah tidak lebih tahu dari orang
yang menanyakannya - yakni orang yang datang tiba-tiba tadi.
Orang itu berkata pula:
"Selanjutnya beritahukanlah padaku tentang alamat-alamatnya hari kiamat
itu."
Rasulullah s.a.w. menjawab:
"Iaitu apabila seorang hamba
sahaya wanita melahirkan tuan puterinya - maksudnya hamba sahaya itu dikahwin
oleh pemiliknya sendiri yang merdeka, lalu melahirkan seorang anak perempuan.
Anaknya ini dianggap merdeka juga dan dengan begitu dapat dikatakan hamba
sahaya perempuan melahirkan tuan puterinya - dan apabila engkau melihat
orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang-telanjang, miskin-miskin dan
sebagai penggembala kambing sama bermegah-megahan dalam gedung-gedung yang
besar - kerana sudah menjadi kaya-raya dan bahkan menjabat sebagai
pembesar-pembesar negara."
Selanjutnya orang itu berangkat pergi.
Saya - yakni Umar r.a. - berdiam diri beberapa saat lamanya, kemudian
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hai Umar, adakah engkau mengetahui siapakah
orang yang bertanya tadi?" Saya menjawab: "Allah dan RasulNyalah yang
lebih mengetahuinya." Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya
orang tadi adalah malaikat Jibril, ia datang untuk memberikan pelajaran tentang
agama kepadamu semua." (Riwayat Muslim)
Makna Talidulamatu rabbatahaa, yakni
tuan puterinya. Adapun pengertiannya ialah oleh sebab banyaknya hamba sahaya
perempuan sehingga budak-budak tersebut melahirkan puteri untuk tuan yang
memilikinya. Puteri tuannya itu sama kedudukannya dengan tuannya sendiri.
Tetapi ada sebahagian ulama yang mengatakan tidak sedemikian itu maksudnya. Al-'Aalah,
ialah golongan orang-orang fakir. Adapun kata Maliyyan ertinya waktu
yang lama, iaitu sampai tiga hari tiga malam lamanya.
Keterangan:
Sebabnya Sayidina Umar kehairanan
kerana orang yang bertanya itu semestinya belum mengerti apa yang ditanyakan,
tetapi anehnya setelah diberi jawapan, tiba-tiba penanya itu berkata:
"Tuan benar," dan kata-kata sedemikian ini tentulah menunjukkan
bahawa penanya itu telah mengerti. Barulah kehairanan Sayidina Umar itu lenyap
setelah diberitahu bahawa yang bertanya tadi sebenarnya adalah Jibril a.s. yang
kedatangannya memang sengaja hendak mengajarkan soal-soal keagamaan kepada para
sahabat Rasulullah s.a.w.
Dalam Hadis di atas, ada beberapa hal
yang penting kita ketahui, iaitu:
(a) Mendirikan shalat ertinya
tidak semata-mata menjalankan shalat saja, tetapi harus dipenuhi pula
syarat-syarat serta rukun-rukunnya dan ditepatkan selalu menurut
waktu-waktunya.
(b) Percaya kepada Allah yakni
meyakinkan bahawa Allah itu ada (jadi jangan beranggapan bahawa Allah itu tidak
ada seperti faham komunis), dan lagi Allah itu bersifat dengan semua sifat
kemuliaan, keagungan dan kesempurnaan serta terjauh dari semua sifat
kekurangan, kehinaan dan kerendahan.
(c) Malak ialah makhluk Allah yang
dibuat daripada nur (cahaya) dan tidak berjejal-jejal seperti cahaya lampu yang
memenuhi rumah. Dengan cahaya seribu lampu, belum juga sesak rumah itu. Dengan
ini teranglah apa yang dimaksud dalam sebuah Hadis:
Ertinya:
"Bahawasanya Allah itu mempunyai
malaikat, ada yang memenuhi sepertiga alam, ada yang
memenuhi dua pertiga alam dan ada yang memenuhi alam seluruhnya."
Adapun erti iman kepada malaikat ialah
harus percaya bahawa mereka itu benar-benar ada dan bahawa mereka itu adalah
hamba-hamba Allah yang dimuliakan. Malak itu sebenarnya kata mufrad dan
jamaknya berbunyi malaikat.
(d) Percaya kepada kitab-kitab Allah
ialah meyakinkan betul-betul bahawa kitab-kitab suci itu adalah firman Allah
yang sebenar-benarnya yang diturunkan pada Rasul-rasulNya dengan jalan wahyu
dan meyakinkan pula bahawa isi yang terkandung di dalamnya ttu semua benar.
(e) Percaya kepada para
Rasul ertinya beri'tikad seteguh-teguhnya bahawa apa yang mereka bawa itu
memang sebenarnya dari Allah Ta'ala.
(f) Hari Akhir ialah hari Kiamat.
Iman dengan hari kiamat ertinya mempercayai betul-betul akan terjadinya hari
penghabisan itu dan apa saja yang terjadi sesudahnya, misalnya Hasyar (akan
dikumpulkannya semua makhluk di padang mahsyar), Hisab (semua amal akan
diperhitungkan), Mizan (amal-amal akan ditimbang dalam neraca), menyeberangi
jambatan yang disebut Shirath dan kemudian ada yang masuk Jannah (syurga), ada
pula yang terus terjun ke (neraka) dan lain-lain hal lagi.
(g) Qadar ialah ketentuan dari
Allah sebelum Allah membuat semua makhluk ini, yang baik mahupun yang jahat.
Jadi segala macam adalah dengan kehendak Allah yang telah dipastikan sejak
zaman azali dulu iaitu zaman sebelum Allah membuat apa-apa. Tetapi kita jangan
lupa berikhtiar, kerana kita telah diberi akal oleh Allah untuk mengusahakan bagaimana
jalannya agar kita tetap bernasib baik dan terjauh dari nasib buruk. Kita tetap
harus berdaya upaya selama hayat dikandung badan.
(h) Dengan cara ibadat sebagaimana yang
terkandung dalam erti kata Ihsan ini, maka tentu akan khusyuklah kita sewaktu
menyembah Allah itu. Kalau dapat seolah-olah tahu pada Allah, ini namanya
Mukasyafah (terbuka dari semua tabir yang menutup) dan kalau mengangan-angankan
bahawa Allah tetap melihat kita, ini namanya Muraqabah (mengintai-intainya
Allah pada kita).
(i) Tanda-tanda yang dimaksud ini ialah
tanda-tanda kecil sebab datangnya hari kiamat itu ada tanda-tandanya yang kecil
dan ada tanda-tandanya yang besar. Tanda-tanda kecil ertinya datangnya itu
masih agak jauh, tetapi bila tanda-tanda besar telah nampak, maka itulah yang
menunjukkan bahawa hari kiamat telah sangat dekat sekali saat terjadinya.
(j) Hamba sahaya perempuan melahirkan
tuannya - ertinya, banyak sahaya perempuan itu yang dikahwin oleh raja-raja
atau pejabat-pejabat tinggi lalu melahirkan anak-anak perempuan sehingga
anak-anaknya itu pun akan berkedudukan sebagaimana ayahnya.
(k) Orang yang tak beralas kaki,
telanjang, miskin serta penggembala kambing sama bermegah-megah dalam
gedung-gedung besar, maksudnya ialah bahawa yang asalnya hanya penggembala yang
miskin hingga seolah-olah tak pernah beralas kaki dan pakaiannya hampir-hampir
tidak ada (boleh dikata telanjang) tiba-tiba menjadi pembesar-pembesar negeri
dan mendiami gedung-gedung besar lagi indah dan sama berkuasa serta kaya raya.
Dengan demikian, keadaan negeri lalu rosak binasa sebab sesuatu perkara semacam
pemerintahan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, sebagaimana dalam
sebuah Hadis diterangkan:
Ertinya:
"Apabita sesuatu perkara itu
diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat
kerosakannya."
Dengan ini tahulah kita bahawa
Islam itu mengandungi tiga unsur yang utama yakni:
A. 5 Arkanul Islam, B. 6 Arkanul lman
dan C. 2 Arkanul Ihsan.
61. Kedua: Dari Abu Zar, iaitu Jundub
bin Junadah dan Abu Abdur Rahman iaitu Mu'az bin Jabal radhiallahu 'anhuma dari
Rasulullah s.a.w. sabdanya:
"Bertaqwalah kepada Allah di mana
saja engkau berada dan ikutilah perbuatan buruk itu dengan perbuatan baik, maka
kebaikan itu dapat menghapuskan keburukan tadi dan pergaulilah para
manusia dengan budi pekerti yang bagus."
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia
mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Keterangan:
Hadis ini mengandungi tiga macam unsur,
yakni bertaqwa kepada Allah, kebaikan diikutkan sesudah mengerjakan keburukan
dan perintah bergaul dengan baik antara seluruh ummat manusia. Mengenai yang
ketiga tidak kami jelaskan lebih panjang, sebab masing-masing bangsa tentu
memiliki cara-cara atau adat-istiadat sendiri. Namun demikian juga mesti
dilaksanakan dengan mengikuti ajaran-ajaran yang ditetapkan oleh agama Islam,
sehingga tidak melampaui batas, akhirnya terperosok dalam hal-hal yang
diharamkan oleh Allah Ta'ala. Jadi di bawah ini akan dihuraikan perihal yang
dua buah unsur saja, iaitu:
(a) Takut pada Allah atau Taqwallah
adalah satu kata yang menghimpun erti yang sangat dalam sekali, pokoknya ialah
mengikuti dan mengamalkan semua perintah Allah dan menjauhi serta menahan diri
dari melakukan larangan-laranganNya. Dengan demikian terjagalah jiwa dan
terpeliharalah hati manusia dari kemungkaran, kemaksiatan, kemusyrikan yang
terang (jali) atau yang tidak terang (khafi), juga terhindar dari kekufuran dan
kemurtadan. Tuhan tentu akan melindungi orang yang taqwa itu dari semuanya
tadi. Tentang ini Allah telah berfirman:
"Sesungguhnya Allah adalah beserta
orang-orang yang taqwa dan orang-orang yang sama berlaku baik."
(b) Mengikutkan kebaikan sesudah
melakukan kejahatan itu misalnya ialah bertaubat, kerana dengan demikian
lenyaplah segenap kesalahan yang kita lakukan, asalkan kita bertaubat itu
dengan sebenar-benarnya, sebagaimana firman Allah:
Ertinya:
"Melainkan orang yang bertaubat
dan beriman dan beramal shalih, maka mereka itu keburukan-keburukannya akan
diganti oleh Allah dengan kebaikan-kebaikan."
62. Ketiga: Dari Ibnu Abbas radhiallahu
'anhuma, katanya: "Saya berada di belakang Nabi s.a.w. - dalam kenderaan
atau membonceng - pada suatu hari, lalu beliau bersabda:
"Hai anak, sesungguhnya saya
hendak mengajarkan kepadamu beberapa kalimat iaitu:
Peliharalah Allah - dengan mematuhi perintah-perintahNya
serta menjauhi larangan-laranganNya, pasti Allah akan memeliharamu, peliharalah
Allah, pasti engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Jikalau engkau meminta, maka
mohonlah kepada Allah dan jikalau engkau meminta pertolongan, maka mohonkanlah
pertolongan itu kepada Allah pula.
Ketahuilah bahawasanya sesuatu ummat -
yakni makhluk seluruhnya - ini, apabila berkumpul - bersepakat - hendak
memberikan kemanfaatan padamu dengan sesuatu - yang
dianggapnya bermanfaat untukmu, maka mereka itu tidak akan dapat memberikan
kemanfaatan itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah
untukmu. Juga jikalau ummat-seluruh makhluk - itu berkumpul - bersepakat -
hendak memberikan bahaya padamu dengan sesuatu - yang dianggap berbahaya untukmu,
maka mereka itu tidak akan dapat memberikan bahaya itu, melainkan dengan
sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah untukmu. Pena telah diangkat -
maksudnya ketentuan - ketentuan telah ditetapkan - dan lembaran-lembaran kertas
telah kering - maksudnya catatan-catatan di Lauh Mahfuzh sudah tidak
dapat diubah lagi."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia
mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
Dalam riwayat selain Termidzi
disebutkan:
"Peliharalah Allah, maka engkau
akan mendapatkanNya di hadapanmu. Berkenalanlah kepada Allah - yakni tahulah
kewajiban-kewajiban yang harus ditunaikan untuk Allah - di waktu engkau dalam
keadaan lapang - sihat, kaya dan lain-lain, maka Allah akan mengetahuimu -
memerhatikan nasibmu - di waktu engkau dalam keadaan kesukaran - sakit, miskin
dan lain-lain.
Ketahuilah bahawa apa-apa yang terlepas
daripadamu itu -keuntungan atau bahaya, tentu tidak akan mengenaimu dan apa-apa
yang mengenaimu itu pasti tidak akan dapat terlepas daripadamu.
Ketahuilah bahawa pertolongan itu beserta
kesabaran dan bahawasanya kelapangan itu beserta kesukaran dan bahawasanya
beserta kesukaran itu pasti ada kelonggaran."
Keterangan:
Hal-hal yang perlu dimaklumi dalam
Hadis ini ialah:
(a) Ada di belakang Nabi s.a.w.
maksudnya ialah membonceng waktu naik bighal (semacam kuda) dengan duduk
di belakang beliau.
(b) Peliharalah Allah, yakni
peliharalah perintah-perintah dan larangan-larangan Allah serta berhati-hatilah
pada kedua macam hal itu, pasti engkau dijaga olehNya dalam duniamu, agamamu,
dirimu dan keluargamu.
(c) Ummat ialah semua makhluk
yang dimaksudkan.
(d) Pena-pena
telah diangkat, ertinya ketentuan-ketentuan telah
tetap.
(e) Kertas-kertas telah kering
maksudnya catatan-catatan semua yang ada di dalam dunia semesta ini
(sebagaimana yang tertera di
Lauh Mahfuzh) tentu saja tak ada yang
dapat mengubah takdir-takdir dari Allah itu kecuali yang dikehendaki
olehNya sendiri sebagaimana firmanNya:
Ertinya:
"Allah menghapus serta menetapkan
apa saja yang dikehendaki olehNya dan di sisi Allahlah ummul kitab atau pokok
Catalan. Ummul kitab ini adalah ilmu Allah yang qadim (dahulu) sejak zaman
azali (sebelum ada apa-apa kecuali Allah)."
(f) Selain Tirmidzi yakni 'Abd
bin Humaid dan juga Imam Ahmad.
(g) Suka mengenai pada Allah ertinya
senantiasa mendekat dan taat padaNya. Kalau kita suka demikian ketika kita
dalam keadaan lapang (banyak rezeki dan badan sihat), maka Allah pasti suka
melihat kita yakni mahu memberi pertolongan pada kita apabila kita dalam
keadaan sukar pada suatu waktu.
(h) Suatu yang telah ditentukan oleh
Allah (sejak zaman azali) akan lepas dari kita, (tidak dapat kita capai), sudah
tentu selamanya barang itu tetap lepas dari kita yakni tidak dapat mengenai
kita (kita peroleh). Demikian pula sebaliknya, iaitu bahawa sesuatu yang telah
ditentukan akan kita dapatkan, maka bagaimanapun juga tidak akan lepas dari
kita.
(i) Pertolongan Allah beserta kesabaran
yakni bila kita ingin pertolongan dari Allah, haruslah kita sabar.
(j) Kelapangan beserta kesusahan dan
nanti pasti ada kelonggaran yakni manusia itu tidak mungkin akan terus menerus
susah dan sukar, insya Allah pada suatu ketika ia akan menemui kelapangan dan
kelonggaran juga.
63. Keempat: Dari Anas r.a., katanya:
"Sesungguhnya engkau semua pasti melakukan berbagai amalan - yang
diremehkannya sebab dianggap dosa kecil-kecil saja, yang amalan-amalan itu
adalah lebih halus - lebih kecil - menurut pandangan matamu daripada sehelai
rambut. Tetapi kita semua di zaman Rasulullah s.a.w. menganggapnya termasuk
golongan dosa-dosa yang merosakkan - menyebabkan kecelakaan dan
kesengsaraan."
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan ia
mengatakan bahawa erti Almubiqat ialah apa-apa yang merosakkan.
64. Kelima: Dari Abu Hurairah r.a. dari
Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesungguhnya Allah Ta'ala itu cemburu dan
kecemburuan Allah Ta'ala itu ialah apabila
seseorang manusia mendatangi -mengerjakan - apa-apa yang
diharamkan oleh Allah atasnya." (Muttafaq 'alaih)
65. Keenam: Dari Abu Hurairah
r.a. bahawasanya ia mendengar Nabi s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya ada tiga orang dari
kaum Bani Israil, iaitu orang sopak - yakni belang-belang kulitnya, orang botak
dan orang buta. Allah hendak menguji mereka itu, kemudian mengutus seorang
malaikat kepada mereka. Ia mendatangi orang supak lalu berkata: "Keadaan
yang bagaimanakah yang amat tercinta bagimu?" Orang supak berkata:
"Warna yang baik dan kulit yang bagus, juga lenyaplah kiranya penyakit
yang menyebabkan orang-orang merasa jijik padaku ini." Malaikat itu lalu
mengusapnya dan lenyaplah kotoran-kotoran itu dari tubuhnya dan dikurniai -oleh
Allah Ta'ala - warna yang baik dan kulit yang bagus. Malaikat itu berkata pula:
"Harta macam apakah yang amat tercinta bagimu?" Orang itu menjawab:
"Unta." Atau katanya: "Lembu," yang merawikan Hadis ini
sangsi - apakah unta ataukah lembu. Ia lalu dikurniai unta yang bunting,
kemudian malaikat berkata: "Semoga Allah memberi keberkahan untukmu dalam
unta ini."
Malaikat itu seterusnya mendatangi
orang botak, kemudian berkata: "Keadaan yang bagaimanakah yang amat tercinta
bagimu?" Orang botak berkata: "Rambut yang bagus dan lenyaplah
kiranya apa-apa yang menyebabkan orang-orang merasa jijik padaku ini."
Malaikat itu lalu mengusapnya dan lenyaplah botak itu dari kepalanya dan ia
dikurnia rambut yang bagus. Malaikat berkata pula: "Harta macam apakah
yang amat tercinta bagimu?" Ia berkata: "Lembu." la pun lalu
dikurnia lembu yang bunting dan malaikat itu berkata: "Semoga Allah
memberikan keberkahan untukmu dalam lembu ini."
Akhirnya malaikat itu mendatangi orang
buta lalu berkata: "Keadaan bagaimanakah yang amat tercinta bagimu?"
Orang buta menjawab: "Iaitu hendaknya Allah mengembalikan penglihatanku
padaku sehingga aku dapat melihat semua orang." Malaikat lalu mengusapnya
dan Allah mengembalikan lagi penglihatan padanya. Malaikat berkata pula:
"Harta macam apakah yang amat tercinta bagimu?" Ia menjawab:
"Kambing." la pun dikurnia kambing yang bunting - hampir beranak.
Yang dua ini - unta dan lembu
melahirkan anak-anaknya dan yang ini - kambing - juga melahirkan anaknya. Kemudian
yang seorang - yang supak - mempunyai selembah penuh unta dan yang satunya lagi
- yang botak - mempunyai selembah lembu dan yang lainnya lagi - yang buta -
mempunyai selembah kambing.
Malaikat itu lalu mendatangi lagi orang
- yang asalnya - supak dalam rupa seperti orang supak itu dahulu keadannya -
yakni berpakaian serba buruk - dan berkata: "Saya adalah orang miskin,
sudah terputus semua sebab-sebab untuk dapat memperolehi rezeki bagiku dalam
berpergianku ini. Maka tidak ada yang dapat menyampaikan maksudku pada hari ini
kecuali Allah kemudian dengan pertolongan mu pula. Saya meminta padamu dengan
atas nama Allah yang telah mengurniakan padamu warna yang baik dan kulit yang
bagus dan pula harta yang banyak, sudi kiranya engkau menyampaikan maksudku dalam
berpergianku ini - untuk sekadar bekal perjalanannya." Orang supak itu
menjawab: "Keperluan-keperluanku masih banyak sekali." Jadi enggan
memberikan sedekah padanya. Malaikat itu berkata lagi: "Seolah-olah saya
pernah mengenalmu. Bukankah engkau dahulu seorang yang berpenyakit supak yang
dijijiki oleh seluruh manusia, bukankah engkau dulu seorang fakir, kemudian
Allah mengurniakan harta padamu?" Orang supak dahulu itu menjawab:
"Semua harta ini saya mewarisi dari nenek-moyangku dulu dan mereka pun
dari nenek-moyangnya pula." Malaikat berkata pula: "Jikalau engkau
berdusta dalam pendakwaanmu - huraianmu yang menyebutkan bahawa harta itu
adalah berasal dari warisan, maka Allah pasti akan menjadikan engkau kembali
seperti keadaanmu semula.
Malaikat itu selanjutnya mendatangi
orang - yang asalnya -botak, dalam rupa - seperti orang botak dulu - dan
keadaannya -yang hina dina, kemudian berkata kepadanya sebagaimana yang
dikatakan kepada orang supak dan orang botak itu menolak permintaannya seperti
halnya orang supak itu pula. Akhirnya malaikat itu berkata: "Jikalau
engkau berdusta, maka Allah pasti akan menjadikan engkau kembali sebagaimana
keadaanmu semula."
Seterusnya malaikat itu mendatangi
orang - yang asalnya - buta dalam rupanya - seperti orang buta itu dahulu -
serta keadaannya - yang menyedihkan, kemudian ia berkata: "Saya adalah
orang miskin dan anak jalan - maksudnya sedang bepergian dan kehabisan bekal,
sudah terputus semua sebab-sebab untuk dapat memperoleh rezeki bagiku dalam
berpergianku ini, maka tidak ada yang dapat menyampaikan maksudku pada hari
ini, kecuali Allah kemudian dengan pertolonganmu pula. Saya meminta padamu
dengan atas nama Allah yang mengembalikan penglihatan untukmu iaitu seekor
kambing yang dapat saya gunakan untuk menyampaikan tujuanku dalam berpergian
ini." Orang buta dahulu itu berkata: "Saya dahulu pernah menjadi
orang buta, kemudian Allah mengembalikan penglihatan padaku. Maka oleh sebab
itu ambillah mana saja yang engkau inginkan dan tinggalkanlah mana saja yang
engkau inginkan. Demi Allah saya tidak akan membuat kesukaran padamu - kerana
tidak meluluskan permintaanmu -pada hari ini dengan sesuatu yang engkau ambil
kerana mengharapkan keredhaan Allah 'Azzawajalla."
Malaikat itu lalu berkata:
"Tahanlah hartamu - ertinya tidak diambil sedikitpun, sebab sebenarnya
engkau semua ini telah diuji, kemudian Allah telah meredhai dirimu dan memurkai
pada dua orang sahabatmu - yakni si supak dan si botak." [8]<!--[endif]--> (Muttafaq alaih)
Dalam riwayat Imam Bukhari kata-kata: La
ajhaduka, yang ertinya: "Aku tidak akan membuat kesukaran
padamu", itu diganti: La ahmaduka, ertinya: "Aku tidak
memujimu - menyesali diriku - sekiranya hartaku tidak ada yang engkau
tinggalkan kerana engkau memerlukannya." [9]
66. Ketujuh: Dari Abu Ya'la iaitu
Syaddad bin Aus r.a.dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Orang yang cerdik - berakal -
ialah orang yang memperhitungkan keadaan dirinya dan suka beramal untuk mencari
bekal sesudah matinya, sedangkan orang yang lemah ialah orang yang dirinya
selalu mengikuti hawa nafsunya dan mengharap-harapkan kemurahan atas Allah -
yakni mengharap-harapkan kebahagiaan dan pengampunan di akhirat, tanpa beramal
shalih."
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia
mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Imam Tirmidzi dan lain-lain ulama
mengatakan bahawa makna Daana nafsahu ertinya membuat perhitungan pada
diri sendiri.
67. Kedelapan: Dari Abu Hurairah r.a.,
katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Setengah daripada kebaikan
keislaman seseorang ialah apabila ia suka meninggalkan apa-apa yang tidak
memberikan kemanfaatan padanya - yakni ia tidak memerlukan untuk mencampuri
urusan itu. Ini adalah Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan
lain-lain.
Keterangan:
Meninggalkan sesuatu yang tidak
berfaedah misalnya sesuatu yang memang bukan urusan kita atau sesuatu yang
terang salah dan batil, maka tidak berguna kita membela atau menolongnya.
Demikian pula sesuatu yang bila kita campuri, maka bukan makin baik dan mungkin
mencelakakan diri kita sendiri. Semua itu baiklah kita tinggalkan, kalau kita
ingin jadi orang Islam yang baik.
68. Kesembilan: Dari Umar r.a.
dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Janganlah seseorang lelaki itu ditanya apa
sebabnya ia memukul isterinya - sebab mungkin
ia akan malu jikalau sebab pemukulannya diketahui
oleh orang lain."
Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dan
lain-lainnya.
- Sabdanya Nabi s.a.w. An-naaqatut 'usyara, dengan dhammahnya 'ain dan fathahnya syin serta dengan mad (yakni dibaca panjang dengan diberi hamzah di belakang alif), artinya: bunting. Sabdanya Antaja dalam riwayat lain berbunyi Fanataja, artinya: Menguasai di waktu keluarnya anak unta. Natij bagi unta adalah sama halnya dengan Qabilah bagi wanita. Jadi natij, artinya penolong unta betina waktu beranak, sedang qabilah, artinya penolong wanita waktu melahirkan atau biasa dinamakan bidan.
Sabda Wallada haadzaa dengan
disyaddahkan lamnya, artinya: Menguasai waktu melahirkannya ini, Jadi sama
halnya dengan Antaja untuk unta. Oleh sebab itu kata-kata Muwallid,
Natij dan Qabilah adalah sama maknanya, tetapi muwallid dan natij
adalah untuk binatang, sedang qabilah adalah untuk selain binatang.
Adapun sabda beliau s.a.w.: Inqatha-'at biyal hibaalu, yaitu
dengan ha' muhmalah (tanpa bertitik) dan ba' muwahhadah (bertitik sebuah),
artinya: beberapa sebab. Jadi jelasnya: Sudan terputus semua sebab (untuk dapat
memperoleh bekal guna melanjutkan perjalananku).
- Sama halnya dengan yang biasa diucapkan oleh orang banyak: "Laisa 'alaatbuulil hayaati nadamun," artinya: Tidaklah selain timbul penyesalan dalam sepanjang kehidupan ini, maksudnya ialah oleh sebab sangat panjangnya masa hidupnya itu.
Post a Comment