Celaan Terhadap Nafsu dan Akibat Mengikut Godaannya

Celaan Terhadap Nafsu dan Akibat Mengikut Godaannya

Nafsu adalah kecenderungan tabiat kepada sesuatu yang dirasa sesuai. Kecenderungan ini merupakan satu bentuk penciptaan yang ada dalam diri manusia sebagai satu urgensi kelansungan hidupnya. Hal ini kerana, jika manusia tidak memiliki kecenderungan untuk makan, minum dan sebagainya maka ia telah melanggari fitrah dan sunnatullah.

Nafsu mendorongnya kepada sesuatu yang dikehendakinya, sebagaimana kebencian yang bisa membelanya dari sesuatu yang menganggu hidupnya. Jadi nafsu tidak boleh dicela secara mutlak. Tidak pula dipuji secara mutlak. Yang layak dicela adalah yang berlebihan mencela dan berlebihan memujinya. Adapun kebiasaanya orang yang banyak mengikut hawa nafsunya tidak konsisten pada batasan pertengahan antara celaan dan memuji. Justeru, banyak mereka yang gagal mengawal nafsu dengan baik.

Oleh kerana itu, Allah sering menyebutkan nafsu dalam al-Quran dalam keadaan mencelanya begitu juga dalam sunnah baginda kecuali jika perbatasan nafsu itu benar-benar dijaga dengan baik. Rasulullah s.a.w ada bersabda dalam sebuah hadis daripada

Tidaklah seseorang di antara kalian beriman sehingga nafsunya mengikut apa yang aku (Rasulullah s.a.w) bawakan kepadanya.

Asy-Sya’bi berkata: Disebutkan dngan istilah hawa nafsu karenan ia menyeret pelakunya. Orang yang membebaskannya akan diajak kepada kenikmatan yang ada tabpa memikirkan akibatnya di kemudian hari, menganjurkan kepada syahwat, sekalipun menjadi sebab penderitaan yang lebih berat baik di dunia mahupun di akhirat. Nafsu menyebabkan pelakunya menjadi buta untuk memeriksanya. Walhal agama dan akal melarang kenikmatan yang mengakibatkan penderitaan dan penurutan syahwat yang menimbulkan penyesalan.

Demikian bagaiamanakah jalan terbaik untuk seseorang mengawal dirinya dari ajakan hawa nafsu ke arah kerosakan ? Sedangkan nafsu itu perlu ada dalam dirinya?

Akibat menurut telunjuk hawa nafsu[i]:

Allah menjadikan nafsu sebagai penetang apa yang diturunkan kepada Rasul-nya dan dan menjadikan para pengikut nafsu sebagai musuh para pengikut rasul karena manusia itu dibahagi pada dua bahagian pengikut wahyu dan pengikut nafsu.

Allah s.w.t berfirman:

sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah. [al-Qasas:50]

2. Perumpamaan orang yang mengikut hawa nafsu itu adalah seperti haiwan

Allah s.w.t berfirman:

Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. [Al-A’raf:176]

3. Nafsu adalah pagar yang mengitari neraka Jahanam. Barang siapa yang terseret dengan ikutan nafsu maka dia akan terseret ke dalam neraka sebagaimana sabda baginda s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan oleh

Surga itu dikeliling dengan hal-hal yang tidak disukai dan neraka itu dikeliling dengan berbagai syahwat. [HR Bukhari dan Muslim]

4. Mengikut hawa nafsu termasuk tindakan yang merosakkan diri sendiri baik di dunia mahpun di akhirat. Nabi s.a.w bersabda:

Ada tiga perkara yang menyelamatkan dan tiga perkara yang merosakkan. Tiga perkara yang menyelamatkan adalah takwa kepada Allah di saat terang-terangan dan sembunyi-sembunyi, bersikap adil tatkala marah dan redha, kesederhanaan di saat miskin dan kaya. Tiga perkara yang merosakkan adalah kekikiran, hawa nafsu yang diikuti dan ketaajuban seseorang kepada dirinya sendiri.

5. Tidak ada suatu haripun yang berlalu melainkan nafsu dan akal saling bergelut pada diri tuannya. Mana yang dapat mengalahkan lawannya, maka dia akan mengusirnya dan menguasainya.

Abu Darda’ berkata: Jika ada pada siri seseorang berkumpul nafsu dan amal lalu amalnya mengikut hawa nafsunya maka hari yang dilaluinya adalah hari yang rugi, jika nafsunya mengikut amalannya maka hari yang ditepuhi itu adalah hari yang baik.

6. Memerangi nafsu lebih hebat dan lebih besar daripada memerangi orang-orang kafir.

Hasan al-Basri pernah ditanya apakah jihad yang paling utama? Beliau menjawab: “Jihadmu memerangi nafsumu. Saya pernah mendengar syaikh kami berkata; ‘ Jihad memerangi nafsu adalah dasar jihad memerangi orang-orang kafir dan munafik. Seseoran belum disebut mampu memerangi mereka sehingga dia sendiri memerangi nafsunya terlebih dahulu, baru kemudian siap memerangi mereka’.

7. Mengikut hawa nafsu bisa menutup pintu taufiq bagi manusia dan membuka penyesalan.

Kata Fudhail bin Iyadh: “ barangsiapa mengikuti hawa nafsu dan menuruti syahwat, mak terputusluslah tali taufik darinya. Sebahagian ulama’ ada menyebutkan: “Kufur itu ada dalm empat perkara: dalam kemarahan, syahwat, kebencian dan kesenangan. Pernah terjadi dari empat perkara itu orang yang marah hingga dia membunuh saudaranya, dan ada orang yang jatuh cinta hingga sanggup tukar agama (murtad).

8. Barangsiapa yang melapangkan dirinya untuk mengikuti hawa nafsu, maka dia akan disempitkan di dalam kuburnya tika saat kembalinya. Barangsiapa yang meneympitkan hawa nafsu maka akan dilapangkan kuburnya dan tempat kembalinya.

Allah s.w.t mengisyaratkannya dalam firman-Nya:

Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera. [al-Insan:12]

Oleh kerana bersabar itu sama menahan diri dari hawa nafsu, maka Allah memberikan balasan kepada mereka dengan kenikmatan syurga dan persalinan dari sutera. Kata Sulaiman Ad-Darany berkata tentang ayat ini: “Allah memberikan blasan kepada mereka kerana kesabaran mereka menahan diri dari syahwat.”

9. Mengikut nafsu bisa mengendurkan semangat serta mengakibatkan kehidupan manusia tidak tenteram.

Yayha bin Muaz pernah menyebutkan orang yang paling bersemangat dan tenteram adalah orang yang menundukkan hawa nafsunya kerana sifat dosa itu melemahkan dan menyebabkan jiwa resah.

10. Setiap manusia mempunyai permulaan dan kesudahan. Barangsiapa permulaannya ditandai dengan mengkiut hawa nafsu, maka kesudahannya adalah kehinaan, kemerosotan dan bencana bergantung sejauhmana dia mengikut nafsunya. Bahkan puncak kesiksaan adalah apa yang dia rasakan dalam hatinya.

Abu Ali Ad-Daqqaq berkata: Barangsiapa dapat menguasai syahwat pada masa mudanya, nescaya Allah akan memuliakannya pada masa tuanya.

Al-Muhallab bin abu Shafirah pernah ditanya: “ dengan cara apa engkau bisa mendapatkan apa yang sedang peroleh kini?” Beliau menjawab: “Dengan menuruti hasrat tetapi menentang hawa nafsu. Ini mencakupi daripada permulaan dan kesudahan di dunia. Sedangkan di akhirat, maka Allah menjadikan syurga sebagai kesudahan orang yang menentang hawa nafsunya, neraka bagi sebaliknya.

Penutup: Bagaimana menundukkan hawa nafsu?

Imam ibn Qayyim [M 751H] menyebutkan[ii] ada beberapa perkara yang manusia boleh lakukan untuk membebaskan diri daripada belenggu hawa nafsu. Antaranya adalah iltizam dengan amalan fardu dan menambahkan dengan amalan sunat. Selain itu, seseorang itu juga perlu banyakkan bersabar dengan bermunajat dan berdoa kepada Allah untuk diberikan kesabaran kerana takut akan akibat yang buruk yang telah dinyatakan baik di dunia mahupun di akhirat.

Justeru itu, perlunya bagi seorang mukmin itu berusaha menundukkan hawa nafsunya kerana ia merupakan suatu kebanggan apabila berjaya dapat mengalahkan musuh yang utama iaitu hawa nafsu di samping menjadi amal soleh yang dikira Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya:

dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh – melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh. [at-Taubah:120]

Tidak ada komentar