Kelebihan Orang Yang Bersandar Kepada Allah.
Telah diriwayatkan dari Imam Shadiq a.s bahawa, “Jibril datang kepada Nabi saaw dan berkata: “Wahai Rasulullah! Allah telah mengirimkan hadiah buatmu yang Dia tidak berikan kepada sesiapa pun sebelumnya”. Nabi saaw bersabda, “Apakah hadiah tersebut ya Jibril?” Jibril menjawab, “Ia adalah kesabaran”.
“Namun, ada kebajikan yang lebih baik daripada kesabaran”. Nabi saaw bertanya, “Apakah itu?” Jibril berkata, “Ia adalah kepuasan”.
“Namun masih ada kebajikan yang lebih baik daripada kepuasan”. Nabi saaw bertanya, “Apakah itu?” Jibril berkata, “Ia adalah keredhaan Allah”.
“Namun ada kebajikan yang lebih baik daripada keredhaan Allah”. Nabi saaw bertanya, “Apakah itu?” Jibril berkata, “Ia adalah keshalehan”
“Namun ada kebajikan yang lebih baik dari keshalehan”. Nabi saaw bertanya, “Apakah itu?” Jibril berkata, “Ia adalah ketaatan”.
“Namun ada kebajikan yang lebih baik dari ketaatan”. Nabi saaw bertanya, “Apakah itu? Jibril berkata, “Ilmu yakin”.
“Namun ada kebajikan yang lebih baik dari ilmu yakin”. Nabi saaw bertanya, “Apakah itu?” Jibril berkata, “Cara untuk mencapai semua itu adalah dengan menempatkan kepercayaan kepada Allah”.
Nabi saaw berkata, “Wahai Jibril! Apa arti menempatkan kepercayaan kepada Allah?” Jibril berkata, “Mengetahui bahawa makhluk-Nya tidak mampu menyakiti mahupun memberi manfaat. Mereka tidak memberikan atau menahan apa pun. Seseorang harus berhenti meletakkan harapan kepada makhluk. Apabila seseorang itu mencapai posisi ini, ia tidak akan melakukan apa pun kecuali untuk-Nya, hatinya tidak tersesat, ia takut tidak kepada sesiapa selain Allah dan dia tidak menaruh harapan terhadap sesiapa pun selain Allah. Inilah erti menempatkan kepercayaan kepada Allah”.
Nabi saaw berkata,” Wahai Jibril! Apa arti dari kesabaran?” Jibril berkata: Manusia harus mempunyai ketabahan dan kesabaran dalam penderitaan sepertimana dalam kegembiraan. Dia tidak harus mengeluh tentang PenciptaNya kepada makhluk”.
Nabi saaw berkata, “Apakah artinya kepuasan?” Jibril berkata, “Berasa puas dengan apa yang ada dan bersyukur kepada Allah atas segala yang ia miliki bahkan yang paling kecil sekalipun”.
Nabi saaw berkata, “Apakah arti dari keredhaan Allah?” Jibril berkata, “Untuk menjadi senang dan redha dengan Allah tetapi tidak senang dan redha dengan amalan sendiri”.
Nabi saaw berkata, “Wahai Jibril! Apa arti dari kesalehan?” Jibril berkata: Seorang soleh mencintai apapun yang dicintai Penciptanya dan membenci apa pun yang dibenci Penciptanya. Dia berhati-hati tentang apa yang halal dan menjauhi apa yang haram, kerana yang halal akan dihitung dan apa yang haram akan melibatkan hukuman. Dia memiliki belas kasihan pada setiap orang Islam, sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri. Dia menjauhi kata-kata yang tidak berguna kerana dia menjauhi apa yang haram. Dia menjauhi makan terlalu banyak sepertimana dia menjauhi dari mayat dengan bau yang busuk. Dia menjauhi hiasan dunia sepertimana dia menjauhkan dirinya dari api. Keinginannya tidak jauh dan kematian terlihat di depan matanya. “
Nabi saaw berkata, ” Wahai Jibril! Apa arti dari ketaatan? Jibril berkata, Seseorang yang taat adalah orang yang tidak meminta apa pun daripada manusia sehingga ia berusaha mendapatkannya dan setiap kali dia mendapatkannya, ia berasa senang dengan itu. Juga jika ia mempunyai sesuatu yang lebih, ia akan memberikannya demi Allah. Hakikat bahawa dia tidak meminta sesuatu dari orang lain adalah pengakuannya sebagai hamba Allah. Ia senang dengan Allah dan Allah senang dengannya. Dia memberikan kepada orang ketika dia memerlukannya lebih dari orang lain”
“Nabi saaw berkata, “Apakah ilmu yakin?” Jibril berkata: Seorang yang memiliki ilmu yakin bertindak dengan cara seolah-olah ia melihat Allah. Bahkan jika ia tidak mencapai darjat melihat Allah, dia tahu bahawa Allah melihatnya dan dia yakin bahawa apa yang dia ada dan apa yang dia tiada adalah atas kehendak Allah. Ini adalah sebahagian dari tanda-tanda menempatkan kepercayaan kepada Allah dan memiliki kesalehan. ”
Sebuah Hadis mengatakan bahawa ketika Imam Shadiq a.s yang datang ke Kufah untuk beberapa waktu meninggalkan kota itu, sekumpulan orang yang telah meninggalkan bandar untuk melihat Imam a.s berangkat, melihat singa dalam perjalanan mereka. Ibrahim Adham yang berada di antara mereka berkata, “Tunggulah hingga Imam datang. Mereka pun menunggu. Ketika Imam a.s tiba, mereka bercerita tentang singa tersebut. Imam a.s mendekati singa itu, dan memegang telinganya dan menunggangnya pergi dan berkata:
“Seandainya manusia menyembah Allah sebagaimana Dia layak disembah, mereka bisa membawa beban pada singa.”
Post a Comment