| 
 
Keharamannya 
Berani — Kepada 
Orangtua — Dan Memutuskan Ikatan Kekeluargaan 
  
Allah 
Ta'ala berfirman: 
"Apakah barangkali, andaikata engkau semua berkuasa, maka engkau semua 
akan membuat kerosakan di bumi dan memutuskan ikatan kekeluargaanmu 
semua. 
"Orang-orang yang sedemikian itu adalah orang-orang yang dilaknat oleh 
Allah, lalu Allah memekakkan pendengaran mereka dan membutakan penglihatan 
mereka." (Muhammad: 22-23) 
Allah Ta'ala juga 
berfirman: 
"Dan orang-orang yang 
merosak janji Allah sesudah teguhnya dan pula memutuskan apa-apa yang 
diperintah oleh Allah untuk dihubungkannya serta membuat kerosakan di bumi, maka 
mereka itulah yang mendapatkan kelaknatan dan akan memperolehi kediaman yang 
buruk." (ar-Ra'ad: 25) 
Allah Ta'ala 
berfirman pula: 
"Dan Tuhanmu telah 
menentukan supaya engkau semua jangan menyembah melainkan Dia dan supaya engkau 
semua berbuat baik kepada 
kedua orang tua. Dan kalau salah seorang di antara keduanya ada di sisimu sampai 
usia tua, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya dengan ucapan "cis", dan 
jangan pula engkau menggertak keduanya, tetapi ucapkanlah kepada keduanya itu 
ucapan yang mulia - penuh kehormatan. 
"Dan turunkaniah 
sayap kerendahan - maksudnya: Rendahkanlah dirimu - terhadap kedua orangtuamu 
itu dengan kasih-sayang dan katakanlah: "Ya Tuhanku, kasihanilah kedua 
orangtuaku itu sebagaimana keduanya mengasihi aku di kala aku masih kecil." 
(al-lsra': 23-24) 
  
336. Dari Abu Bakrah 
iaitu Nufai' bin al-Harits r.a'., katanya: "Rasulullah s.a.w. 
bersabda: 
"Tidakkah engkau 
semua suka saya memberitahukan perihal sebesar-besarnya dosa besar?" Beliau 
menyabdakan ini sampai tiga kali. Kita-para sahabat- menjawab: "Baiklah,ya 
Rasulullah." Beliau s.a.w. bersabda: "Menyekutukan kepada Allah dan berani 
kepada kedua  orangtua."  Semula   
beliau  s.a.w.   bersandar  
lalu  duduk kemudian bersabda lagi: "Ingatlah, juga 
mengucapkan kedustaan serta menyaksikan secara palsu." Beliau s.a.w. senantiasa 
mengulang-ulanginya kata-kata yang akhir ini, sehingga kita mengucapkan: 
"Alangkah baiknya, jikalau beliau diam berhenti mengucapkannya." (Muttafaq 
'alaih) 
  
337. Dari Abdullah 
bin Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w, bersabda: 
"Dosa-dosa besar itu 
ialah menyekutukan kepada Allah, berani kepada kedua orangtua, membunuh 
seseorang - tidak sesuai dengan haknya - serta bersumpah secara palsu." (Riwayat 
Bukhari) 
Alyaminul ghamus 
ialah sesuatu yang disumpahkan 
oleh seseorang dengan dusta dan disengaja, dinamakan ghamus, sebab sumpah 
sedemikian itu menerjunkan orang yang bersumpah itu ke dalam dosa. 
  
338. Dari Abdullah 
bin Amr bin al-'Ash r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: 
"Termasuk dalam 
golongan dosa-dosa besar ialah jikalau seseorang itu memaki-maki kedua orang 
tuanya sendiri." Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah,adakah seseorang itu 
memaki-maki kedua orang tuanya sendiri." Beliau s.a.w. menjawab: "Ya, iaitu 
apabila seseorang itu memaki-maki ayah seseorang, lalu orang yang dimaki-maki 
ayahnya itu lalu memaki-maki ayahnya sendiri. Atau seseorang itu memaki-maki ibu 
orang lain, lalu orang yang dimaki-maki ibunya ini, memaki-maki ibunya sendiri." 
(Muttafaq ''alaih)  
Dalam riwayat lain 
disebutkan: 
"Sesungguhnya 
termasuk sebesar-besarnya dosa besar ialah apabila seseorang itu melaknat kepada 
kedua orang tuanya sendiri." Beliau s.a.w. ditanya: "Ya Rasulullah, bagaimanakah 
seseorang itu melaknat kedua orang tuanya sendiri?" Beliau s.a.w. bersabda: 
"Iaitu orang tadi memaki-maki ayah orang lain, lalu orang ini memaki-maki 
ayahnya sendiri atau orang itu memaki-maki ibu orang lain, lalu orang ini 
memaki-maki ibunya sendiri." 
  
339.  
Dari Abu Muhammad, iaitu Jubair bin Muth'im r.a. bahawasanya Rasulullah 
s.a.w. bersabda: 
"Tidak akan masuk 
syurga seseorang yang memutuskan." Sufyan  berkata dalam riwayatnya 
bahawa yang dimaksudkan ialah memutuskan ikatan kekeluargaan. (Muttafaq 
'alaih) 
  
340. Dari Abu Isa, 
iaitu al-Mughirah bin Syu'bah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: 
"Sesungguhnya Allah 
mengharamkan kepadamu semua akan berani kepada para ibu,juga mencegah - tidak 
melaksanakan apa-apa yang wajib atas dirinya, meminta yang bukan miliknya serta 
menanam anak-anak perempuan hidup-hidup. Allah membenci kepada kata-kata qil wa 
qal - yakni: katanya dari si Anu, ujarnya dari si Anu, tetapi tidak ada 
kepastiannya, juga memperbanyak pertanyaan serta menyia-nyiakan harta  
dibelanjakan kepada sesuatu yang bukan semestinya." (Muttafaq 
'alaih) 
Sabda Nabi s.a.w. 
man'an ialah mencegah atau tidak menunaikan apa-apa yang diwajibkan atau 
yang sudah menjadi kewajipan dirinya. Hati ertinya meminta yang bukan milik atau 
haknya, Wa'dul banal, iaitu menanam anak-anak perempuan dengan 
hidup-hidup.  Qil wa qal  maknanya ialah segala 
sesuatu yang didengarnya - sekalipun belum pasti kebenarannya. Orang yang suka 
qil wa qal itu suka mengatakan: "Dikatakan oleh si Fulan itu begini, atau si 
Fulan   itu   berkata   demikian,  
semua   kata-kata   itu   
tidak   dapat diketahui kebenarannya atau bahkan tidak 
disangka bahawa kata-kata itu benar. Cukuplah seseorang itu disebut berdusta, 
jikalau ia mempercakapkan segala apa yang didengarnya. Idha'atul mal, 
iaitu ditabzirkan,diobralkan atau dibelanjakan untuk jurusan-jurusan yang tidak 
diizinkan oleh syariat, iaitu baik yang berhubungan dengan tujuan-tujuan 
keakhiratan atau keduniaan, atau tidak suka menyimpannya, padahal mungkin sekali 
untuk disimpan - yakin ia kuasa  menyimpan.   
Katsratus  sual,  yakni  
banyak  bertanya  atau meminta sesuatu yang ia 
sendiri tidak memerlukan itu. 
Dalam bab ini masih 
banyak lagi Hadis-hadis yang sudah disebutkan dalam bab .sebelumnya seperti 
Hadis - yang ertinya: "Dan Aku memutuskan orang yang memutuskan engkau - 
kekeluargaan, juga Hadis - yang ertinya: "Barangsiapa yang memutuskan aku - 
kekeluargaan, maka Allah memutuskan ia - lihat Hadis-hadis no. 315 dan 
323. 
 | 
Post a Comment