| 
 
Kemakruhan 
Meniup Dalam Minuman 
 
762. Dari Abu Said 
al-Khudri r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. melarang 
meniup dalam minuman. Ada seorang lelaki berkata: "Ada kotoran mata yang saya 
lihat di dalam wadah itu." Beliau s.a.w. bersabda: "Alirkanlah - sehingga 
kotoran itu hilang." Orang itu berkata lagi: "Sesungguhnya saya ini belum merasa 
puas minum dari sekali nafas." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Kalau begitu 
singkirkanlah dulu wadahnya itu dari mulutmu - dan bernafaslah di luar 
wadah." 
Diriwayatkan oleh 
Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan 
shahih. 
 
763. Dari Ibnu Abbas 
radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi s.a.w. melarang 
kalau ditarik nafas dalam wadah - waktu minum - atau ditiupkan di 
dalamnya." 
Diriwayatkan oleh 
Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan 
shahih. 
 
 
 Muka depan
 | 
Post a Comment