Kesunnahan
Memencilkan Diri Di Waktu Rosaknya Keadaan
Zaman Atau Kerana
Takut Fitnah Dalam Agama Dan Jatuh Dalam Keharaman, Kesyubhatan-kesyubhatan Atau
Lain-lain Sebagainya
Allah
Ta'ala berfirman:
"Maka
oleh kerana itu, segeralah berlari kepada Allah,
sesungguhnya saya adalah pemberi peringatan yang terang - dari Allah
padamu." (adz-Dzariyat: 50)
595. Dari Sa'ad bin
Abu Waqqash r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda:
"Sesungguhnya Allah
itu cinta kepada hamba yang bertaqwa serta kaya dan tersembunyi - yakni tidak
sebagai orang masyhur dan tidak dikenal orang kerana tidak mempunyai kedudukan."
(Riwayat Muslim)
Yang dimaksud dengan
kata alghani yakni kaya itu ialah kaya jiwanya-jadi bukan kaya
harta benda, sebagaimana
dijelaskan dalam Hadis shahih di muka - lihat Hadis no. 520.
596. Dari Abu Said
al-Khudri r.a., katanya: "Ada seorang lelaki berkata: "Manakah orang yang paling
utama itu, ya Rasulullah?" Beliau s.a.w. bersabda: "Iaitu seorang mu'min yang
berjihad dengan badannya dan hartanya fi-sabilillah." Kemudian orang itu
bertanya lagi: "Selanjutnya siapakah?" Beliau s.a.w. bersabda: "Kemudian seorang
yang memencilkan dirinya dalam suatu jalanan di gunung - maksudnya suatu tempat
di antara dua gunung yang dapat digunakan sebagai kediaman - dari beberapa
tempat di gunung, untuk menyembah kepada Tuhannya."
Dalam riwayat lain
disebutkan: "Kerana ia bertaqwa kepada Allah dan
meninggalkan para manusia dari keburukannya diri sendiri" - jadi
mengasingkan diri dari orang banyak, sehingga tidak akan sampailah
keburukannya diri sendiri
itu kepada orang-orang banyak tadi. (Muttafaq 'alaih)
597. Dari Abu Said
al-Khudri r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Hampir saja
bahawasanya sebaik-baik
harta seseorang Muslim itu ialah kambing yang diikutinya sampai ke puncak gunung
serta tempat-tempat hujan - iaitu tempat-tempat yang banyak
rumputnya. Orang itu lari ke sana dengan membawa agamanya kerana takut adanya beberapa macam
fitnah." (Riwayat Bukhari)
598. Dari Abu
Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Tidak seorang yang diutus oleh Allah
sebagai Nabi, melainkan ia tentu pernah menggembala kambing." Para sahabat
beliau s.a.w. bertanya: "Dan tuan sendiri - apakah juga menggembala kambing?"
Beliau s.a.w. menjawab: "Ya, saya pun menggembala kambing itu,
iaitu di Qararith.
Kambing itu kepunyaan penduduk Makkah." Qararith itu ada yang mengatakan
bahawa ia adalah nama
tempat penggembalaan di Makkah, tetapi ada yang mengatakan bahawa itu adalah nama
bahagian dari wang dinar
atau dirham, yakni bahawa beliau s.a.w. menggembala itu
dengan menerima upah qararith. (Riwayat Bukhari)
599. Dari Abu
Hurairah r.a. pula dari Rasulullah s.a.w. bahawasanya ia bersabda:
"Setengah daripada
sebaik-baik keadaan kehidupan para manusia ialah seseorang yang memegang kendali
kudanya untuk melakukan peperangan fi-sabilillah, ia terbang di atas
punggungnya. Setiap
kali ia
mendengar suara gemuruh atau suara dahsyat di medan peperangan itu ia segera
terbang ke sana untuk mencari supaya terbunuh atau kematian yang disangkanya
bahawa di tempat suara
gemuruh itulah tempatnya.
Atau seseorang yang
memelihara kambing di puncak gunung dari beberapa puncak gunung yang ada,
atau pun di suatu lembah
dari beberapa lembah ini. Ia mendirikan shalat dan menunaikan zakat serta
menyembah Tuhannya sehingga ia didatangi oleh keyakinan - yakni kematian. Tidak
ada dari para manusia itu kecuali dalam kebaikan." (Riwayat Muslim)
|
Post a Comment