Tawadhu' Dan
Menundukkan Sayap — Yakni
Merendahkan Diri — Kepada Kaum Mu'minin
Allah
Ta'ala berfirman:
"Dan
tundukkanlah sayapmu - yakni rendahkanlah dirimu -kepada kaum
mu'minin." (al-Hijr: 88)
Allah Ta'ala
berfirman pula:
"Hai orang-orang yang
beriman, barangsiapa yang surut kembali dari agamanya - yakni menjadi orang
murtad, maka Allah nanti akan mendatangkan kaum yang dicintai olehNya dan
mereka pun mencintai Allah.
Mereka itu bersikap merendahkan diri kepada kaum mu'minin dan bersikap keras
terhadap orang-orang kafir." (al-Maidah: 54)
Allah Ta'ala
berfirman lagi:
"Hai sekalian
manusia, sesungguhnya Kami - Allah - menciptakan engkau semua itu dari jenis
lelaki dan wanita dan menjadikan engkau semua berbangsa-bangsa serta
berkabilah-kabilah, agar supaya engkau semua saling kenal-mengenal. Sesungguhnya
orang yang termulia di antara engkau semua di sisi Allah ialah orang yang
bertaqwa dari kalanganmu itu." (al-Hujurat: 13)
Allah Ta'ala juga
berfirman:
"Janganlah engkau
semua melagak-lagakkan dirimu sebagai orang suci. Allah adalah lebih mengetahui
kepada siapa yang sebenarnya bertaqwa." (an-Najm: 32)
Allah Ta'ala
berfirman pula:
"Dan orang-orang yang
menempati a'raf - tempat-tempat yang tinggi-tinggi - itu berseru kepada beberapa
orang yang dikenalnya kerana tanda-tandanya, mereka
mengatakan: "Apa yang telah engkau semua kumpulkan dan apa yang telah engkau
semua sombongkan itu tidaklah akan memberikan pertolongan kepadamu. Inikah
orang-orang yang telah engkau semua persumpahkan, bahawa mereka tidak akan mendapatkan
kerahmatan dari Allah? Kepada mereka itu dikatakan: "Masuklah engkau semua dalam
syurga, engkau semua tidak perlu merasa ketakutan dan tidak pula bersedih hati."
(al-A'raf: 48-49)
600. Dari 'lyadh bin
Himar r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya Allah
telah memberikan wahyu kepadaku, hendaklah engkau semua itu bersikap tawadhu',
sehingga tidak ada seseorang yang membanggakan dirinya di atas orang lain -
yakni bahawa dirinya lebih mulia dari
orang lain - dan tidak pula seseorang itu menganiaya kepada orang lain -
kerana orang yang dianiaya
dianggapnya lebih hina dari dirinya sendiri." (Riwayat Muslim)
601. Dari Abu
Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w.
bersabda:
"Tidaklah sedekah itu
akan mengurangi dari harta seseorang dan tidaklah Allah menambahkan seseorang
itu dengan pengampunan melainkan ditambah pula kemuliaannya dan tidaklah
seseorang itu bertawadhu' kerana mengharapkan keredhaan Allah, melainkan Allah
akan mengangkat darjat orang itu." (Riwayat
Muslim)
602. Dari Anas r.a.
bahawasanya ia berjalan
melalui anak-anak, kemudian ia memberikan salam kepada mereka ini dan berkata:
"Nabi s.a.w. juga melakukan sedemikian." (Muttafaq 'alaih)
603. Dari Anas r.a.
pula, katanya: "Bahawasanya ada seorang
hamba sahaya wanita dari
golongan hamba
sahaya
wanita yang ada di
Madinah
mengambil tangan Nabi s.a.w. lalu wanita itu berangkat dengan beliau s.a.w. ke
mana saja yang dikehendaki oleh wanita itu." Ini menunjukkan bahawa beliau s.a.w. selalu
merendahkan diri.
(Riwayat Bukhari)
604. Dari al-Aswad
bin Yazid, katanya: "Saya bertanya kepada Aisyah radhiallahu 'anha, apakah yang
dilakukan oleh Nabi s.a.w. di rumahnya?" Aisyah menjawab: "Beliau s.a.w. melakukan pekerjaan
keluarganya - yakni melayani atau membantu pekerjaan keluarganya. Kemudian
jikalau datang waktu shalat, lalu beliau keluar untuk mengerjakan shalat itu."
(Riwayat Bukhari)
605. Dari Abu Rifa'ah
iaitu Tamim bin Usaid
r.a., katanya: "Saya sampai kepada Nabi s.a.w. dan waktu itu beliau sedang berkhutbah, lalu saya
berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang yang gharib - asing yakni bukan penduduk
negeri itu - datang untuk menanyakan agamanya yang ia tidak mengerti apakah
agamanya itu." Rasulullah s.a.w. lalu menghadap kepada saya dan meninggalkan
khutbahnya, sehingga sampailah ke tempat saya. Beliau s.a.w. diberi sebuah kursi
kemudian duduk di situ dan mulailah mengajarkan pada saya dari apa-apa yang
diajarkan oleh Allah padanya. Selanjutnya beliau mendatangi tempat khutbahnya
lalu menyempurnakan khutbahnya itu." (Riwayat Muslim)
606. Dari Anas r.a.
bahawasanya Rasulullah
s.a.w. apabila makan sesuatu makanan, maka beliau itu menjilati jari-jarinya
yang tiga - yakni ibu jari, telunjuk dan jari tengah. Anas berkata: "Rasulullah
bersabda: "Jikalau suapan seseorang dari engkau semua itu jatuh, maka buanglah
daripadanya itu apa-apa
yang kotor dan setelah itu makanlah dan janganlah ditinggalkan untuk dimakan
syaitan - yang masih bersih tadi. Beiiau s.a.w. juga menyuruh supaya bejana
tempat makanan itu dijilati pula. Beliau bersabda: "Sesungguhnya
engkau semua tidak mengetahui dalam makanan yang manakah yang di situ ada berkahnya." (Riwayat
Muslim)
607.
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:.
"Tiada seorang
Nabi pun yang diutus oleh
Allah, melainkan ia tentu menggembala kambing." Para sahabatnya bertanya: "Dan
tuan?" Beliau s.a.w. menjawab: "Ya, saya
juga menggembala kambing itu, iaitu di Qararith. Kambing itu
kepunyaan penduduk Makkah." Arti Qararith periksalah dalam Hadis no. 598.
(Riwayat Bukhari)
608. Dari Abu
Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., katanya: "Andaikata saya dipanggil untuk
mendatangi jamuan berupa kaki bawah atau pun kaki atas - maksudnya
baik pun makanan yang
tidak berharga ataupun yang amat tinggi nilainya, nescayalah saya akan mengabulkan
undangan itu. juga andaikata saya diberi hadiah berupa kaki atas atau kaki
bawah, nescayalah saya suka menerimanya."
(Riwayat Bukharj)
609. Dari Anas r.a.
katanya: "Adalah untanya Rasulullah s.a.w. itu diberi nama 'Adhba', tidak pernah
didahului atau hampir tidak dapat didahului. Maka datanglah seorang A'rab duduk
di atas kenderaan yang dinaikinya, kemudian
mendahului unta beliau s.a.w. itu. Hal itu dirasakan berat sekali atas kaum
Muslimin - yakni kaum merasa tidak senang terhadap kelakuan orang A'rab tadi
-A'rab ialah orang yang berdiam di negeri Arab bahagian pedalaman. Hal itu - yakni
keberatan kaum Muslimin tadi -diketahui oleh beliau s.a.w., kemudian beliau
bersabda: "Adalah merupakan hak Allah bahawasanya tidaklah sesuatu dari
keduniaan itu meninggi, melainkan pasti akan diturunkannya," maksudnya
bahawa harta atau
kedudukan itu jikalau sudah mencapai puncak ketinggiannya dan tidak digunakan
sebagaimana mestinya tuntutan agama, pasti akan diturunkan
kembali oleh Allah. (Riwayat Bukhari)
|
Post a Comment