Bab 1
باب الإخلاص وإحضارالنية
فى جميع
الأعمال والاقوال البارزة والخفية
Keikhlasan Dan
Menghadhirkan Niat Dalam Segala Perbuatan, Ucapan Dan Keadaan Yang Nyata Dan
Yang Samar
Allah Ta'ala berfirman:
وما أمروا
إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين حنفاء ويقيموا الصلاة، ويؤتوا الزكاة، وذلك دين
القيمة
"Dan tidaklah
mereka itu diperintahkan melainkan supaya sama menyembah Allah, dengan tulus
ikhlas menjalankan agama untuk-Nya semata-mata, berdiri lurus dan menegakkan
shalat serta menunaikan zakat dan yang sedemikian itulah agama yang
benar." (al-Bayyinah: 5)
Allah Ta'ala berfirman pula:
لن ينال الله
لحومها ولا دماؤها ولكن يناله التقوى منكم
"Sama sekali tidak akan sampai kepada Allah
daging-daging dan darah-darah binatang korban itu, tetapi akan sampailah padaNya
ketaqwaan dan engkau sekalian." [1] (al-Haj: 37)
Allah Ta'ala berfirman pula:
قل إن تخفوا
ما في صدوركم أو تبدوه يعلمه الله
"Katakanlah - wahai Muhammad [2] ,sekalipun engkau semua sembunyikan apa-apa
yang ada di dalam hatimu ataupun engkau sekalian tampakkan, pasti diketahui juga
oleh Allah." (ali-lmran: 29)
1-
وعن
أمير المؤمنين
أبي حفص عمر بن الخطاب بن نفيل بن عبد العزى بن رياح بن قرط بن رزاح بن عدى بن
لؤى ابن غالب القرشى العدوى. رضي الله عنه، قال: سمعت رسول الله
صلى الله
عليه وسلم يقول: " إنما الأعمال بالنيات، وإنما لكل امرىء ما نوى فمن
كانت هجرته
إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها،
أو امرأة
ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه" ((متفق
على صحته. رواه
إماما المحدثين: أبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيرى النيسابورى
رضي الله
عنهما في صحيحهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة)).
1. Dari Amirul mu'minin Abu Hafs iaitu Umar
bin Al-khaththab bin Nufail bin Abdul 'Uzza bin Riah bin Abdullah bin Qurth bin
Razah bin 'Adi bin Ka'ab bin Luai bin Ghalib al-Qurasyi al-'Adawi r.a. berkata:
Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda [3] :
"Hanyasanya semua amal perbuatan itu dengan
disertai niat-niatnya dan hanyasanya bagi setiap orang itu apa yang telah
menjadi niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya,
maka hijrahnya itupun kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya
itu untuk harta dunia yang hendak diperolehinya, ataupun untuk seorang wanita
yang hendak dikahwininya, maka hijrahnyapun kepada sesuatu yang dimaksud dalam
hijrahnya itu."
(Muttafaq (disepakati) atas keshahihannya
Hadis ini)
Diriwayatkan oleh dua orang imam ahli Hadis
iaitu Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim
bin Almughirah bin Bardizbah Alju'fi Albukhari, - lazim disingkat dengan
Bukhari saja -dan Abulhusain Muslim bin Alhajjaj bin
Muslim Alqusyairi Annaisaburi, - lazim disingkat dengan Muslim saja -
radhiallahu 'anhuma dalam kedua kitab masing-masing yang keduanya itu adalah
seshahih-shahihnya kitab Hadis yang dikarangkan.
Keterangan:
Hadis di atas adalah berhubung erat dengan
persoalan niat. Rasulullah s.a.w. menyabdakannya itu ialah kerana di antara para
sahabat Nabi s.a.w. sewaktu mengikuti untuk berhijrah dari Makkah ke Madinah,
semata-mata sebab terpikat oleh seorang wanita yakni Ummu Qais. Beliau s.a.w. mengetahui maksud orang itu, lalu
bersabda sebagaimana di atas.
Oleh kerana orang itu memperlihatkan sesuatu
yang bertentangan dengan maksud yang terkandung dalam hatinya, meskipun
sedemikian itu boleh saja, tetapi sebenarnya tidak patut sekali sebab saat itu
sedang dalam suasana yang amat genting dan rumit, maka ditegurlah secara
terang-terangan oleh Rasulullah s.a.w.
Bayangkanlah, betapa anehnya orang yang
berhijrah dengan tujuan memburu wanita yang ingin dikahwin, sedang sahabat
beliau s.a.w. yang lain-lain dengan tujuan menghindarkan diri dari amarah kaum
kafir dan musyrik yang masih tetap berkuasa di Makkah, hanya untuk kepentingan
penyebaran agama dan keluhuran Kalimatullah.
Bukankah tingkah-laku manusia sedemikian itu
tidak patut sama-sekali.
Jadi oleh sebab niatnya sudah keliru, maka
pahala hijrahnya pun kosong. Lain sekali
dengan sahabat-sahabat beliau
s.a.w. yang dengan keikhlasan
hati bersusah payah menempuh
jarak yang demikian jauhnya untuk
menyelamatkan keyakinan kalbunya, pahalanya
pun besar sekali kerana hijrahnya memang dimaksudkan untuk mengharapkan
keredhaan Allah dan RasulNya. Sekalipun datangnya Hadis itu mula-mula tertuju
pada manusia yang salah niatnya ketika ia mengikuti hijrah, tetapi sifatnya
adalah umum. Para imam mujtahidin berpendapat bahwa sesuatu amal itu dapat sah
dan diterima serta dapat dianggap sempurna apabila disertai niat. Niat itu ialah
sengaja yang disembunyikan dalam hati, ialah seperti ketika mengambil air
sembahyang atau wudhu', mandi shalat dan lain-lain sebagainya.
Perlu pula kita maklumi bahawa barangsiapa
berniat mengerjakan suatu amalan yang bersangkutan dengan ketaatan kepada Allah
ia mendapatkan pahala. Demikian pula jikalau seseorang itu berniat hendak
melakukan sesuatu yang baik, tetapi tidak jadi dilakukan, maka dalam hal ini
orang itupun tetap juga menerima pahala. Ini berdasarkan Hadis yang
berbunyi:
"Niat seseorang itu
lebih baik daripada amalannya."
Maksudnya: Berniatkan sesuatu yang tidak jadi dilakukan
sebab adanya halangan yang tidak dapat dihindarkan itu adalah lebih baik
daripada sesuatu kelakuan yang benar-benar dilaksanakan, tetapi tanpa disertai
niat apa-apa.
Hanya saja dalam menetapkan wajibnya niat
atau tidaknya,agar amalan itu menjadi sah, maka ada perselisihan pendapat
para imam mujtahidin. Imam-imam Syafi'i,
Maliki dan Hanbali mewajibkan niat itu dalam segala amalan, baik yang berupa
wasilah yakni perantaraan seperti wudhu', tayammum dan mandi wajib, atau dalam
amalan yang berupa maqshad (tujuan) seperti shalat, puasa, zakat, haji dan
umrah. Tetapi imam Hanafi hanya mewajibkan
adanya niat itu dalam amalan yang berupa maqshad atau tujuan saja sedang dalam
amalan yang berupa wasilah atau perantaraan tidak diwajibkan dan sudah dianggap
sah.
Adapun dalam amalan yang berdiri sendiri,
maka semua imam mujtahidin sependapat tidak perlunya niat itu, misalnya dalam
membaca al-Quran, menghilangkan najis dan lain-lain.
Selanjutnya dalam amalan yang hukumnya mubah
atau jawaz (yakni yang boleh dilakukan dan boleh pula tidak), seperti
makan-minum, maka jika disertai niat agar kuat beribadat serta bertaqwa kepada
Allah atau agar kuat bekerja untuk bekal dalam melakukan ibadat bagi dirinya
sendiri dan keluarganya, tentulah amalan tersebut mendapat pahala, sedangkan
kalau tidak disertai niat apa-apa, misalnya hanya supaya kenyang saja, maka
kosonglah pahalanya.
2-
وعن
أم المؤمنين
أم عبد الله عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
: "يغزو جيش الكعبة فإذا كانوا ببيداء من الأرض يخسف بأولهم
وآخرهم". قالت:
قلت: يارسول الله، كيف يخسف بأولهم وآخرهم وفيهم أسواقهم ومن ليس منهم!؟
قال: "يخسف بأولهم وآخرهم، ثم يبعثون على نياتهم" ((متفق
عليه. هذا لفظ البخاري)).
2. Dari Ummul mu'minin iaitu ibunya -
sebenarnya adalah bibinya - Abdullah yakni Aisyah radhiallahu 'anha, berkata:
Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada sepasukan tentera yang hendak memerangi
- menghancurkan - Ka'bah, kemudian setelah mereka berada di suatu padang dari
tanah lapang lalu dibenamkan-dalam tanah tadi -dengan yang pertama sampai yang
terakhir dari mereka semuanya."
Aisyah bertanya: "Saya berkata, wahai
Rasulullah, bagaimanakah semuanya dibenamkan dari yang pertama sampai yang
terakhir, sedang di antara mereka itu ada yang ahli pasaran - maksudnya para
pedagang - serta ada pula orang yang tidak termasuk golongan mereka tadi - yakni
tidak berniat ikut menggempur Ka'bah?"
Rasulullah s.a.w. menjawab: "Ya, semuanya
dibenamkan dari yang pertama sampai yang terakhir, kemudian nantinya mereka itu
akan diba'ats - dibangkitkan dari masing-masing kuburnya - sesuai
niat-niatnya sendiri - untuk diterapi dosa atau tidaknya.
Disepakati atas Hadis ini
(Muttafaq 'alaih) - yakni disepakati keshahihannya oleh Imam Bukhari dan Imam
Muslim - Lafaz di atas adalah menurut Imam Bukhari.
Keterangan:
Sayyidah
Aisyah diberi gelar Ummul mu'minin, yakni ibunya sekalian orang mu'min
sebab beliau adalah isteri Rasulullah s.a.w., jadi sudah sepatutnya. Beliau juga
diberi nama ibu Abdullah oleh Nabi s.a.w., sebenarnya Abdullah itu bukan
puteranya sendiri, tetapi putera saudarinya yang bernama Asma'. Jadi dengan
Sayidah Aisyah, Abdullah itu adalah anak tiri nya. Adapun beliau ini sendiri
tidak mempunyai seorang putera pun.
Dari huraian yang tersebut
dalam Hadis ini, dapat diambil kesimpulan bahawa seseorang yang shalih, jika
berdiam di lingkungan suatu golongan yang selalu berkecimpung dalam kemaksiatan
dan kemungkaran, maka apabila Allah Ta'ala mendatangkan azab atau siksa kepada
kaum itu, orang shalih itu pun pasti akan terkena pula. Jadi Hadis ini
mengingatkan kita semua agar jangan sekali-kali bergaul dengan kaum yang ahli
kemaksiatan, kemungkaran dan kezaliman.
Namun demikian perihal amal perbuatannya
tentulah dinilai sesuai dengan niat yang terkandung dalam hati orang yang
melakukannya itu.
Mengenai gelar Ummul mu'minin itu bukan
hanya khusus diberikan kepada Sayidah Aisyah radhiallahu 'anha belaka, tetapi
juga diberikan kepada para isteri Rasulullah s.a.w. yang lain-lain.
3- وعن
عائشة رضي
الله عنها قالت قال النبي صلى الله عليه وسلم: " لا هجرة بعد الفتح،
ولكن جهاد
ونية، وإذا استفرتم فانفروا" ((متفق
عليه)). ومعناه:
لا هجرة من مكه لأنها صارت دار إسلام
3. Dari Aisyah radhiallahu 'anha, berkata:
Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak ada hijrah setelah pembebasan - Makkah - [4], tetapi yang ada ialah jihad dan niat. Maka dari itu, apabila
engkau semua diminta untuk keluar - oleh imam untuk berjihad, - maka keluarlah –
yakni berangkatlah." (Muttafaq 'alaih)
Maknanya: Tiada hijrah lagi dari Makkah,
sebab saat itu Makkah telah menjadi perumahan atau Negara
Islam.
4-
وعن
أبي عبد الله جابر بن عبد
الله الأنصارى رضي الله عنهما قال: كنا مع النبي صلى الله عليه وسلم في
غزاةٍ فقال:
"إن بالمدينة لرجالاً ماسرتم مسيراً، ولا قطعتم وادياً إلا كانوا
معكم حبسهم
المرض" وفى رواية: "إلا شاركوكم في الأجر"
((رواه مسلم)).
((ورواه
البخاري)) عن
أنس رضي الله عنه قال: رجعنا من غزوة تبوك مع النبي صلى
الله عليه وسلم فقال: " إن أقواماً خلفنا بالمدينة ما سلكنا شعباً
ولا وادياً
إلا وهم معنا، حبسهم العذر".
4. Dari Abu Abdillah iaitu Jabir bin
Abdullah al-Anshari radhiallahu'anhuma, berkata: Kita berada beserta Nabi s.a.w.
dalam suatu peperangan - iaitu perang Tabuk - kemudian beliau s.a.w.
bersabda:
"Sesungguhnya di Madinah itu ada beberapa
orang lelaki yang engkau semua tidak menempuh suatu perjalanan dan tidak pula
menyeberangi suatu lembah, melainkan orang-orang tadi ada besertamu - yakni
sama-sama memperolehi pahala - mereka itu terhalang oleh sakit - maksudnya
andaikata tidak sakit pasti ikut berperang."
Dalam suatu riwayat dijelaskan: "Melainkan
mereka - yang tertinggal itu - bersekutu dengan mu dalam hal pahalanya."
(Riwayat Muslim)
Hadis sebagaimana di atas, juga diriwayatkan
oleh Imam Bukhari dari Anas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Kita kembali dari perang Tabuk beserta Nabi
s.a.w., lalu beliau bersabda:
"Sesungguhnya ada beberapa kaum yang kita
tinggalkan di Madinah, tiada menempuh kita sekalian akan sesuatu lereng ataupun
lembah, [5] melainkan mereka itu bersama-sama dengan kita jua
-jadi memperolehi pahala seperti yang berangkat untuk berperang itu - mereka itu
terhalang oleh sesuatu keuzuran."
5- وعن
أبي يزيد معن بن يزيد بن
الأخنس رضي الله عنهم، وهو وأبوه وجده صحابيون، قال: كان أبي يزيد أخرج
دنانير يتصدق
بها فوضعها عند رجل في المسجد فجئت فأخذتها فأتيته بها، فقال: والله
ما إياك
أردت، فخاصمته إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: " لك ما نويت
يا يزيد،
ولك ما أخذت يامعن"
((رواه البخاري)).
5. Dari Abu Yazid iaitu Ma'an bin Yazid bin
Akhnas radhiallahu 'anhum. Ia, ayahnya dan neneknya adalah termasuk golongan
sahabat semua. Kata saya: "Ayahku, iaitu Yazid mengeluarkan beberapa dinar yang
dengannya ia bersedekah, lalu dinar-dinar itu ia letakkan di sisi seseorang di
dalam masjid.
Saya - yakni Ma'an anak Yazid - datang untuk
mengambilnya, kemudian saya menemui ayahku dengan dinar-dinar tadi. Ayah
berkata: "Demi Allah, bukan engkau yang kukehendaki - untuk diberi sedekah
itu."
Selanjutnya hal itu saya adukan kepada
Rasulullah s.a.w., lalu beliau bersabda:
"Bagimu adalah apa yang engkau niatkan hai
Yazid – yakni bahawa engkau telah memperolehi pahala sesuai dengan
niat sedekahmu itu - sedang bagimu adalah apa yang engkau ambil, hai Ma'an -
yakni bahawa engkau boleh terus memiliki dinar-dinar tersebut, kerana juga sudah
diizinkan oleh orang yang ada di masjid, yang dimaksudkan oleh Yazid tadi."
(Riwayat Bukhari)
6-
وعن أبي
إسحاق سعد بن أبي وقاص
مالك بن أهيب بن عبد مناف بن زهرة بن كلاب بن مرة بن كعب بن لؤى القرش
الزهرى رضي
الله عنه، أحد العشرة المشهود لهم بالجنة، رضي الله عنهم، قال: "
جاءنى رسول
الله صلى الله عليه وسلم يعودنى عام حجة الوداع من وجع اشتد بى فقلت:
يارسول الله
إني قد بلغ بى من الوجع ما ترى، وأنا ذو مال ولا يرثنى إلا ابنة لي،
أفاتصدق بثلثى
ما لي؟ قال: لا، قلت: فالشطر يارسول الله؟ فقال: لا، قلت:
فالثلث يا رسول
الله؟ قال الثلث والثلث كثير- أو كبير- إنك أن تذر ورثتك أغنياء خير
من أن
تذرهم عالة يتكففون الناس، وإنك لن تنفق نفقة تبتغى بها وجه الله إلا أجرت
عليها حتى ما
تجعل في فيّ امرأتك قال: فقلت: يارسول الله أخلف بعد أصحابي؟
قال: إنك لن
تخلف فتعمل عملا تبتغي بهوجه الله إلا ازددت به درجة ورفعةً، ولعلك أن
تخلف حتى
ينتفع بك أقوام ويضرّ بك آخرون. اللهم امض لآصحابى هجرتهم، ولا تردهم
على أعقابهم،
لكن البائس سعد بن خولة" يرثى له رسول الله صلى الله عليه وسلم أن
مات بمكة.((متفق
عليه)).
6. Dari Abu Ishak, yakni Sa'ad bin Abu
Waqqash, yakni Malik bin Uhaib bin Abdu Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah
bin Ka'ab bin Luai al-Qurasyi az-Zuhri r.a., iaitu salah satu dari sepuluh orang
yang diberi kesaksian akan memperolehi syurga radhiallahu 'anhum,
katanya:
Rasulullah s.a.w. datang padaku untuk
menjengukku pada tahun haji wada' - yakni haji Rasulullah s.a.w. yang terakhir
dan sebagai haji pamitan - kerana kesakitan yang menimpa diriku, lalu saya
berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya saja kesakitanku ini telah mencapai
sebagaimana keadaan yang Tuan ketahui, sedang saya adalah seorang yang berharta
dan tiada yang mewarisi hartaku itu melainkan seorang puteriku saja. Maka itu
apakah dibenarkan sekiranya saya bersedekah dengan dua pertiga hartaku?" Beliau
menjawab: "Tidak dibenarkan." Saya berkata pula: "Separuh hartaku ya
Rasulullah?" Beliau bersabda: "Tidak dibenarkan juga." Saya berkata lagi:
"Sepertiga, bagaimana ya Rasulullah?" Beliau lalu bersabda: "Ya, sepertiga boleh
dan sepertiga itu sudah banyak atau sudah besar jumlahnya. Sesungguhnya jikalau
engkau meninggalkan para ahli warismu dalam keadaan kaya-kaya, maka itu adalah
lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka dalam keadaan miskin
meminta-minta pada orang banyak. Sesungguhnya tiada sesuatu nafkah yang engkau
berikan dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah, melainkan engkau pasti
akan diberi pahalanya, sekalipun sesuatu yang engkau berikan untuk makanan
isterimu."
Abu Ishak meneruskan huraiannya: Saya
berkata lagi: "Apakah saya ditinggalkan - di Makkah - setelah kepulangan
sahabat-sahabatku itu?" Beliau menjawab: "Sesungguhnya engkau itu tiada
ditinggalkan, kemudian engkau melakukan suatu amalan yang engkau maksudkan untuk
mendapatkan keredhaan Allah, melainkan engkau malahan bertambah darjat dan
keluhurannya. Barangkali sekalipun engkau ditinggalkan - kerana usia masih
panjang lagi -, tetapi nantinya akan ada beberapa kaum yang dapat memperolehi
kemanfaatan dari hidupmu itu - yakni sesama kaum Muslimin, baik manfaat
duniawiyah atau ukhrawiyah - dan akan ada kaum lain-lainnya yang memperolehi
bahaya dengan sebab masih hidupmu tadi - yakni kaum kafir, sebab menurut riwayat
Abu Ishak ini tetap hidup sampai dibebaskannya Irak dan lain-lainnya, lalu
diangkat sebagai gubernor di situ dan menjalankan hak dan keadilan.
Ya Allah, sempurnakanlah pahala untuk
sahabat-sahabatku dalam hijrah mereka itu dan janganlah engkau balikkan mereka
pada tumit-tumitnya - yakni menjadi murtad kembali sepeninggalnya
nanti.
Tetapi yang miskin - rugi - itu ialah Sa'ad
bin Khaulah.”
Rasulullah s.a.w. merasa sangat kasihan
padanya sebab matinya di
Makkah.
(Muttafaq 'alaih)
Keterangan:
Sa'ad bin Khaulah itu dianggap sebagai orang
yang miskin dan rugi, kerana menurut riwayat ia tidak mengikuti hijrah dari
Makkah, jadi rugi kerana tidak ikutnya hijrah tadi. Sebahagian riwayat yang lain
mengatakan bahawa ia sudah mengikuti hijrah, bahkan pernah mengikuti perang
Badar pula, tetapi akhirnya ia kembali ke Makkah dan terus wafat di situ sebelum
dibebaskannya Makkah saat itu. Maka ruginya ialah kerana lebih sukanya kepada
Makkah sebagai tempat akhir hayatnya, padahal masih di bawah kekuasaan kaum
kafir. Ada lagi riwayat yang menyebutkan bahawa ia pernah pula mengikuti hijrah
ke Habasyah, mengikuti pula perang Badar, kemudian mati di Makkah pada waktu
haji wada' tahun 10, ada lagi yang meriwayatkan matinya itu pada tahun 7 di
waktu perletakan senjata antara kaum Muslimin dan kaum kafir. Jadi kerugiannya
di sini ialah kerana ia mati di Makkah itu, kerana kehilangan pahala yang
sempurna yakni sekiranya ia mati di Madinah, tempat ia berhijrah yang
dimaksudkan semata-mata sebab Allah Ta'ala belaka.
7-
وعن أبي
هريرة عبد الرحمن بن صخر
رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
" إن
الله لا ينظر إلى أجسامكم ، ولا إلى صوركم، ولكن ينظر إلى قلوبكم
وأعمالكم" ((رواه
مسلم)).
7. Dari Abu Hurairah, iaitu Abdur Rahman bin
Shakhr r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala itu tidak melihat
kepada tubuh-tubuhmu, tidak pula kepada bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada
hati-hatimu sekalian." (Riwayat Muslim)
8-
وعن
أبي موسى عبد الله بن قيس
الأشعرى رضي الله عنه قال: سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الرجل
يقاتل شجاعة،
ويقاتل حميةً، ويقاتل رياء، أى ذلك في سبيل الله؟ فقال رسول الله صلى
الله عليه
وسلم: " من قاتل لتكون كلمة الله هى العليا فهو في سبيل الله" ((متفق
عليه)).
8. Dari Abu Musa, yakni Abdullah bin Qais
al-Asy'ari r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. ditanya perihal seseorang yang
berperang dengan tujuan menunjukkan keberanian, ada lagi yang berperang dengan
tujuan kesombongan - ada yang ertinya kebencian - ada pula yang berperang dengan
tujuan pameran - menunjukkan pada orang-orang lain kerana ingin berpamer.
Manakah di antara semua itu yang termasuk dalam jihad fi-sabilillah?
Rasulullah s.a.w. menjawab:
"Barangsiapa yang berperang dengan tujuan
agar kalimat Allah - Agama Islam - itulah yang luhur, maka ia disebut jihad
fi-sabilillah." (Muttafaq 'alaih)
Keterangan:
Hadis di atas dengan jelas menerangkan semua
amal perbuatan itu hanya dapat dinilai baik, jika baik pula niat yang terkandung
dalam hati orang yang melakukannya.
Selain itu dijelaskan pula bahawa keutamaan
yang nyata bagi orang-orang yang berjihad melawan musuh di medan perang itu
semata-mata dikhususkan untuk mereka yang berjihad fisabilillah, yakni tiada
maksud lain kecuali untuk meluhurkan kalimat Allah, iaitu Agama
Islam.
9-
وعن
أبي بكرة نفيع بن الحارث
الثقفى رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "إذ التقى المسلمان
بسيفيهما فالقاتل والمقتول في النار" قلت يارسول الله، هذا القاتل
فما بال
المقتول؟ قال: "إنه كان حريصاً على قتل صاحبه" ((متفق
عليه)).
9. Dari Abu Bakrah, yakni Nufai' bin Haris
as-Tsaqafi r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
"Apabila dua orang Muslim berhadap-hadapan
dengan membawa masing-masing pedangnya - dengan maksud ingin berbunuh-bunuhan -
maka yang membunuh dan yang terbunuh itu semua masuk di dalam
neraka."
Saya bertanya: "Ini yang membunuh - patut
masuk neraka -tetapi bagaimanakah halnya orang yang terbunuh - yakni mengapa ia
masuk neraka pula?"
Rasulullah s.a.w. menjawab:
"Kerana sesungguhnya orang yang terbunuh itu
juga ingin sekali hendak membunuh kawannya." (Muttafaq 'alaih)
10-
وعن
أبي هريرة رضي الله عنه قال
رسول الله صلى الله عليه وسلم : "صلاة الرجل في جماعة تزيد على
صلاته في سوقه
وبيته بضعاً وعشرين درجه وذلك أن أحدهم إذا توضأ فأحسن الوضوء ثم أتى المسجد
لا يريد إلا الصلاة، لا ينهزه إلا الصلاة، لم يخط خطوة إلا رفع له بها
درجة، وحط عنه
بها خطيئة حتى يدخل المسجد، فإذا دخل المسجد كان في الصلاة ما كانت
الصلاة هى
تحبسه، والملائكة يصلون على أحدكم ما دام في مجلسه الذى صلى فيه، ما لم
يحدث فيه" ((متفق
عليه، وهذا لفظ مسلم)). وقوله صلى الله عليه
وسلم: ينهزه هو بفتح الياء والهاء وبالزاى: أى يخرجه وينهضه
10. Dari Abu Hurairah r.a., katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Shalatnya seseorang lelaki dengan berjamaah
itu melebihi shalatnya di pasar atau rumahnya - secara sendirian atau munfarid -
dengan dua puluh lebih - tiga sampai sembilan tingkat darjatnya. Yang sedemikian
itu ialah kerana apabila seseorang itu berwudhu' dan memperbaguskan cara
wudhu'nya, kemudian mendatangi masjid, tidak menghendaki ke masjid itu melainkan
hendak bersembahyang, tidak pula ada yang menggerakkan kepergiannya ke masjid
itu kecuali hendak shalat, maka tidaklah ia melangkahkan kakinya selangkah
kecuali ia dinaikkan tingkatnya sedarjat dan kerana itu pula dileburlah satu
kesalahan daripadanya - yakni tiap selangkah tadi - sehingga ia masuk
masjid.
Apabila ia telah masuk ke dalam masjid, maka
ia memperolehi pahala seperti dalam keadaan shalat, selama memang shalat itu
yang menyebabkan ia bertahan di dalam masjid tadi, juga para malaikat mendoakan
untuk mendapatkan kerahmatan Tuhan pada seseorang dari engkau semua, selama
masih berada di tempat yang ia bersembahyang di situ. Para malaikat itu berkata:
"Ya Allah, kasihanilah orang ini; wahai Allah, ampunilah ia; ya Allah, terimalah
taubatnya." Hal sedemikian ini selama orang tersebut tidak berbuat buruk -yakni
berkata-kata soal keduniaan, mengumpat orang lain, memukul dan lain-lain - dan
juga selama ia tidak berhadas - yakni tidak batal wudhu'nya.
Muttafaq 'alaih. Dan yang tersebut di atas
adalah menurut lafaznya Imam Muslim.
Sabda Nabi s.a.w.: Yanhazu dengan
fathahnya ya' dan ha' serta dengan menggunakan zai, ertinya: mengeluarkannya dan
menggerakkannya.
11-
وعن
أبي العباس عبد الله بن
عباس بن عبد المطلب رضي الله عنهما، عن رسول الله، صلى الله عليه وسلم، فيما
يروى عن ربه، تبارك وتعالى قال: " إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم
بين ذلك:
فمن همّ بحسنة فلم يعملها كتبها الله تبارك وتعالى عنده حسنة كاملة، وإن
هم بها
فعملها كتبها الله عشر حسنات إلى سبعمائه ضعف إلى أضعاف كثيرة، وإن هم
بسيئة فلم
يعملها كتبها الله عنده حسنة كاملة، وإن همّ بها فعملها كتبها الله سيئة
واحدة " ((متفق
عليه)).
11. Dari Abul Abbas, iaitu Abdullah bin
Abbas bin Abdul Muththalib, radhiallahu 'anhuma dari Rasulullah s.a.w. dalam
suatu huraian yang diceriterakan dari Tuhannya Tabaraka wa Ta'ala - Hadis
semacam ini disebut Hadis Qudsi - bersabda:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala itu mencatat
semua kebaikan dan keburukan, kemudian menerangkan yang sedemikian itu - yakni
mana-mana yang termasuk hasanah dan mana-mana yang termasuk sayyi
'ah.
Maka barangsiapa yang berkehendak
mengerjakan kebaikan, kemudian tidak jadi melakukannya, maka dicatatlah oleh
Allah yang Maha Suci dan Tinggi sebagai suatu kebaikan yang sempurna di sisiNya,
dan barangsiapa berkehendak mengerjakan kebaikan itu kemudian jadi melakukannya,
maka dicatatlah oleh Allah sebagai sepuluh kebaikan di sisiNya, sampai menjadi
tujuh ratus kali lipat, bahkan dapat sampai menjadi berganda-ganda yang amat
banyak sekali.
Selanjutnya barangsiapa yang berkehendak
mengerjakan keburukan kemudian tidak jadi melakukannya maka dicatatlah oleh
Allah Ta'ala sebagai suatu kebaikan yang sempurna di sisiNya dan barangsiapa
yang berkehendak mengerjakan keburukan itu kemudian jadi melakukannya, maka
dicatatlah oleh Allah Ta'ala sebagai satu keburukan saja di sisiNya." (Muttafaq
'alaih)
Keterangan:
Hadis di atas menunjukkan besarnya
kerahmatan Allah Ta'ala kepada kita semua sebagai ummatnya Nabi Muhammad
s.a.w.
Renungkanlah wahai saudaraku. Semoga kami
dan anda diberi taufik (pertolongan) oleh Allah hingga dapat menginsafi
kebesaran belas-kasihan Allah dan fikirkanlah kata-kata ini.
Ada perkataan 'Indahuu (bagiNya), inilah
suatu tanda kesungguhan Allah dalam memperhatikannya itu.
Juga ada perkataan kaamitah (sempurna), ini
adalah untuk mengukuhkan ertinya dan sangat perhatian padanya.
Dan Allah berfirman di dalam kejahatan yang
disengaja (di-maksud) akan dilakukan, tetapi tidak jadi dilakukan, bagi Allah
ditulis menjadi satu kebaikan yang sempurna dikukuhkan dengan kata-kata
"sempurna". Dan kalau jadi dilakukan, ditulis oleh Allah "satu kejahatan saja"
dikukuhkan dengan kata-kata "satu saja" untuk menunjukkan kesedikitannya, dan
tidak dikukuhkan dengan kata-kata "sempurna".
Maka bagi Allah segenap puji dan kurnia.
Maha Suci Allah, tidak dapat kita menghitung pujian atasNya. Dan dengan Allah
jualah adanya pertolongan.
12-
وعن
أبي عبد الرحمن عبد الله بن
عمر بن الخطاب، رضي الله عنهما قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه
وسلم يقول:
" انطلق ثلاثة نفر ممن كان قبلكم حتى آواهم المبيت إلى غار فدخلوه، فانحدرت
صخرة من الجبل فسدت عليهم الغار، فقالوا: إنه لا ينجيكم من هذه
الصخرة إلا أن
تدعوا الله بصالح أعمالكم. قال رجل منهم: اللهم كان لي أبوان شيخان كبيران،
وكنت لا أغبق قبلهما أهلاً ولا مالاً. فنأى بى طلب الشجر يوماً فلم
أرح عليهما
حتى ناما فحلبت لهما غبوقهما فوجدتهما نائمين فكرهت أن أوقظهما وأن
أغبق قبلهما
أهلاً أو مالاً، فلبثت- والقدح على يدى- أنتظر استيقاظهما حتى برق
الفجر والصبية
يتضاغون عند قدمى- فاستيقظا فشربا غبوقهما. اللهم إن كنت فعلت ذلك
ابتغاء وجهك
ففرج عنا ما نحن فيه من هذه الصخرة، فانفرجت شيئاً لا يستطيعون الخروج
منه. قال
الآخر: اللهم إنه كانت لي ابنة عم كانت أحب الناس إلىّ " وفى
رواية: "كنت
أحبها كأشد ما يحب الرجال النساء، فأردتها على نفسها فامتنعت منى حتى
ألمّت بها سنة
من السنين فجاءتنى فأعطيتها عشرين ومائة دينار على أن تخلى بينى وبين
نفسها ففعلت،
حتى إذا قدرت عليها" وفى رواية: "فلما قعدت بين رجليها، قالت:
اتق الله
ولا تفض الخاتم إلا بحقه، فانصرفت عنها وهى أحب الناس إلى وتركت الذهب
الذى أعطيتها،
اللهم إن كنت فعلت ذلك ابتغاء وجهك فافرج عنا ما نحن فيه، فانفرجت
الصخرة غير
أنهم لا يستطيعون الخروج منها. وقال الثالث: اللهم استأجرت أجراء
وأعطيتهم أجرهم
غير رجل واحد ترك الذى له وذهب، فثمرت أجره حتى كثرت منه الأموال، فجاءنى
بعد حين
فقال: يا عبد الله أدّ إلى أجرى، فقلت: كل ما ترى من أجرك: من
الإبل والبقر
والغنم والرقيق. فقال: يا عبد الله لا تستهزئ بى! فقلت: لا
أستهزئ بك،
فأخذه كله فاستاقه فلم يترك منه شيئاً، اللهم إن كنتُ فعلت ذلك ابتغاء
وجهك فافرج
عنا ما نحن فيه، فانفرجت الصخرة فخرجوا يمشون" ((متفق عليه)).
12. Dari Abu Abdur Rahman, iaitu Abdullah
bin Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anhuma, katanya: Saya mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada tiga orang dari golongan orang-orang
sebelummu sama berangkat berpergian, sehingga terpaksalah untuk menempati sebuah
gua guna bermalam, kemudian merekapun memasukinya. Tiba-tiba jatuhlah sebuah
batu besar dari gunung lalu menutup gua itu atas mereka. Mereka berkata
bahawasanya tidak ada yang dapat menyelamatkan engkau semua dari batu besar ini
melainkan jikalau engkau semua berdoa kepada Allah Ta'ala dengan menyebutkan
perbuatanmu yang baik-baik.
Seorang dari mereka itu berkata: "Ya Allah.
Saya mempunyai dua orang tua yang sudah tua-tua serta lanjut usianya dan saya
tidak pernah memberi minum kepada siapapun sebelum keduanya itu, baik kepada
keluarga ataupun hamba sahaya. Kemudian pada suatu hari amat jauhlah saya
mencari kayu - yang dimaksud daun-daunan untuk makanan ternak. Saya belum lagi
pulang pada kedua orang tua itu sampai mereka tertidur. Selanjutnya saya pun
terus memerah minuman untuk keduanya itu dan keduanya saya temui telah tidur.
Saya enggan untuk membangunkan mereka ataupun memberikan minuman kepada
seseorang sebelum keduanya, baik pada keluarga atau hamba sahaya. Seterusnya
saya tetap dalam keadaan menantikan bangun mereka itu terus-menerus dan gelas
itu tetap pula di tangan saya, sehingga fajarpun menyingsinglah, Anak-anak kecil
sama menangis kerana kelaparan dan mereka ini ada di dekat kedua kaki saya.
Selanjutnya setelah keduanya bangun lalu mereka minum minumannya. Ya Allah,
jikalau saya mengerjakan yang sedemikian itu dengan niat benar-benar
mengharapkan keredhaanMu, maka lapanglah kesukaran yang sedang kita hadapi dari
batu besar yang menutup ini." Batu besar itu tiba-tiba membuka sedikit, tetapi
mereka belum lagi dapat keluar dari gua.
Yang lain berkata: "Ya Allah, sesungguhnya
saya mempunyai seorang anak bapa saudara yang wanita - jadi sepupu wanita - yang
merupakan orang yang tercinta bagiku dari sekalian manusia - dalam sebuah
riwayat disebutkan: Saya mencintainya sebagai kecintaan orang-orang lelaki yang
amat sangat kepada wanita - kemudian saya menginginkan dirinya, tetapi ia
menolak kehendakku itu, sehingga pada suatu tahun ia memperolehi kesukaran.
lapun mendatangi tempatku, lalu saya memberikan seratus dua puluh dinar padanya
dengan syarat ia suka menyendiri antara tubuhnya dan antara tubuhku -maksudnya
suka dikumpuli dalam seketiduran. Ia berjanji sedemikian itu. Setelah saya dapat
menguasai dirinya - dalam sebuah riwayat lain disebutkan: Setelah saya dapat
duduk di antara kedua kakinya - sepupuku itu lalu berkata: "Takutlah engkau pada
Allah dan jangan membuka cincin - maksudnya cincin di sini adalah kemaluan, maka
maksudnya ialah jangan melenyapkan kegadisanku ini - melainkan dengan haknya -
yakni dengan perkahwinan yang sah -, lalu saya pun meninggalkannya, sedangkan ia
adalah yang amat tercinta bagiku dari seluruh manusia dan emas yang saya berikan
itu saya biarkan dimilikinya. Ya Allah, jikalau saya mengerjakan yang sedemikian
dengan niat untuk mengharapkan keredhaanMu, maka lapangkanlah kesukaran yang
sedang kita hadapi ini." Batu besar itu kemudian membuka lagi, hanya saja mereka
masih juga belum dapat keluar dari dalamnya.
Orang yang ketiga lalu berkata: "Ya Allah,
saya mengupah beberapa kaum buruh dan semuanya telah kuberikan upahnya
masing-masing, kecuali seorang lelaki. Ia meninggalkan upahnya dan terus pergi.
Upahnya itu saya perkembangkan sehingga bertambah banyaklah hartanya tadi.
Sesudah beberapa waktu, pada suatu hari ia mendatangi saya, kemudian berkata:
Hai hamba Allah, tunaikanlah sekarang upahku yang dulu itu. Saya berkata: Semua
yang engkau lihat ini adalah berasal dari hasil upahmu itu, baik yang berupa
unta, lembu dan kambing dan juga hamba sahaya. Ia berkata: Hai hamba Allah,
janganlah engkau memperolok-olokkan aku. Saya menjawab: Saya tidak
memperolok-olokkan engkau. Kemudian orang itu pun mengambil segala yang
dimilikinya. Semua digiring dan tidak seekorpun yang ditinggalkan. Ya Allah,
jikalau saya mengerjakan yang sedemikian ini dengan niat mengharapkan
keredhaanMu, maka lapangkanlah kita dari kesukaran yang sedang kita hadapi ini."
Batu besar itu lalu membuka lagi dan mereka pun keluar dari gua itu. (Muttafaq
'alaih)
Keterangan:
Ada beberapa kandungan yang penting-penting
dalam Hadis di atas, iaitu:
(a) Kita disunnahkan
berdoa kepada Allah di kala kita sedang dalam keadaan
yang sulit, misalnya
mendapatkan malapetaka, kekurangan rezeki dalam kehidupan,
sedang sakit dan lain-lain.
(b) Kita disunnahkan
bertawassul dengan amal perbuatan kita sendiri yang shalih, agar kesulitan itu
segera lenyap dan diganti dengan kelapangan oleh Allah Ta'ala. Bertawassul
ertinya membuat perantaraan dengan amal shalih itu, agar permohonan kita
dikabulkan olehNya. Bertawassul dengan cara seperti ini tidak ada seorang
ulamapun yang tidak membolehkan. Jadi beliau-beliau itu sependapat tentang
bolehnya.
Juga tidak diperselisihkan oleh para
alim-ulama perihal bolehnya bertawassul dengan orang shalih yang masih hidup,
sebagaimana yang dilakukan oleh Sayidina Umar r.a. dengan bertawassul kepada
Sayidina Abbas, agar hujan segera diturunkan.
Yang diperselisihkan ialah jikalau kita
bertawassul dengan orang-orang shalih yang sudah wafat, maksudnya kita
memohonkan sesuatu kepada Allah Ta'ala dengan perantaraan beliau-beliau yang
sudah di dalam kubur agar ikut membantu memohonkan supaya doa kita dikabulkan.
Sebahagian alim-ulama ada yang membolehkan dan sebahagian lagi tidak
membolehkan.
Jadi bukan orang-orang shalih itu yang
dimohoni, tetapi yang dimohoni tetap Allah Ta'ala jua, tetapi beliau-beliau
dimohon untuk ikut membantu mendoakan saja. Kalau yang dimohoni itu orang-orang
yang sudah mati, sekalipun bagaimana juga shalihnya, semua alim-ulama Islam
sependapat bahawa perbuatan sedemikian itu haram hukumnya. Sebab hal itu
termasuk syirik atau menyekutukan sesuatu dengan Allah Ta'ala yang Maha Kuasa
Mengabulkan segala permohonan.
Namun demikian hal-hal seperti di atas hanya
merupakan soal-soal furu'iyah (bukan akidah pokok), maka jangan hendaknya
menyebabkan retaknya persatuan kita kaum Muslimin.
Nota kaki:
-
Orang-orang
di zaman Jahiliyah dulu jika menginginkan atau mengharapkan keredhaan Tuhan,
mereka sembelihlah unta sebagai kurban, lalu darah unta itu disapukan pada
dinding Baitullah atau Ka'bah. Kaum Muslimin hendak meniru perbualan mereka itu,
lalu turunlah ayat sebagaimana di atas.
-
Semua huraian
yang tertera antara -.... - adalah tambahan terjemahan dari kami sendiri untuk
memudahkan pengertiannya dan mudah memahamkannya. Harap
Maklum
-
Saidina Umar bin Khaththab r.a. itu adalah seorang khalifah dari
golongan Rasyidin yang pertama kali menggunakan sebutan Amirul mu'minin
pemimpin sekalian kaum mu'minin. Beliau adalah khalifah kedua
sepeninggalan Rasulullah s.a.w. Panggilan Amirul mu'minin itu lalu dicontoh dan
diteruskan oleh khalifah Usman dan Ali radhiallahu 'anhuma, juga oleh para
khalifah Bani Umayyah, Bani Abbas dan selanjutnya. Jadi di zaman khalifah Abu
Bakar sebutan di atas belum digunakan. Adapun Abu Hafs itu adalah gelar
kehormatan bagi Sayidina Umar r.a. Abu ertinya bapa, sedang hafs ertinya singa.
Beliau r.a. memperolehi gelar Bapa Singa, sebab memang terkenal berani dalam
segala hal, seperti dalam menghadapi musuh di medan perang, dalam menegakkan
keadilan di antara seluruh rakyatnya dan tanpa pandang bulu dalam meneterapkan
hukuman kepada siapapun. Ringkasnya yang salah pasti ditindak dengan keras,
sedang yang teraniaya dibela dan dilindungi.
-
Sabda Rasulullah s.a.w.: "Tidak ada hijrah setelah pembebasan -
Makkah," oleh para alim-ulama dikatakan bahawa mengenai hijrah dari daerah harb
atau perang yang dikuasai oleh orang kafir ke Darul Islam, yakni daerah yang
dikuasai oleh orang-orang Islam adalah tetap ada sampai hari kiamat. Oleh sebab
itu Hadis di atas diberikan penakwilannya menjadi dua macam:
Pertama: Tiada hijrah setelah
dibebaskannya Makkah, sebab sejak saat itu Makkah telah menjadi sebahagian dari
Darul Islam atau Negara Islam, jadi tidak mungkin lagi akan terbayang tentang
adanya hijrah setelah itu.
Kedua: Inilah yang merupakan
pendapat tershahih, iaitu yang diertikan bahawa hijrah yang dianggap mulia yang
diluntut, yang pengikutnya itu memperoleh keistimewaan yang nyata itu sudah
terputus sejak dibebaskannya Makkah dan sudah lampau pula untuk mereka yang ikut
berhijrah sebelum dibebaskannya Makkah itu, sebab dengan dibebaskan Makkah itu,
Islam boleh dikata telah menjadi kukuh kuat dan perkasa, yakni suatu kekuatan
dan keperkasaan yang nyata. Jadi lain sekali dengan sebelum dibebaskannya Makkah
tersebut.
Adapun
sabda beliau s.a.w. yang menyebutkan: "Tetapi yang ada adalah jihad dan niat,"
maksudnya ialah bahawa diperolehinya kebaikan dengan sebab hijrah itu telah
terputus dengan dibebaskannya Makkah itu, tetapi sekalipun demikian masih pula
dapat dicapai kebaikan tadi dengan berjihad dan niat yang shalih. Dalam Hadis di
atas jelas diuraikan adanya perintah untuk suka berniat dalam melakukan kebaikan
secara mutlak dan bahawa yang berniat itu sudah dapat memperolehi pahala dengan
hanya keniatannya itu belaka.
-
Syi'ib (lereng) yang dimaksudkan di sini ialah jalan di daerah
pergunungan, sedang Wadi (lembah) ialah tempat yang di situ ada airnya
mengalir.
Muka depan |
Post a Comment